KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Thursday, April 04, 2013

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA DAN PROSES DALAM BILIK MENGUNDI

Assalamualaikum dan hello my readers :)

Hari ni mari kita belajar subjek Pengajian Am macam dalam kelas tingkatan enam hehe. Memandangkan parlimen dan dewan undangan negeri dah pun dibubarkan, mari kita baca dan ambil tahu semula proses-proses pilihan raya. Saya yakin masih ramai rakyat di Malaysia ni yang masih tak tahu proses pilihan raya kecuali yang memang sudi ambil tahu. Contoh terdekat, ada yang bertanya, kenapa Najib tak umum lagi tarikh pilihan raya, kan parlimen dah bubar? Haaa nampak tak di situ masih ada segelintir yang tak faham proses pilihanraya. Mari kita ulangkaji semula sebelum turun padang untuk mengundi.

PERINGKAT-PERINGKAT PILIHAN RAYA UMUM ATAU KECIL DI MALAYSIA

Ianya melibatkan enam peringkat iaitu :
  1. Pengeluaran Writ
  2. Penamaan Calon
  3. Kempen Pilihan Raya
  4. Pengundian
  5. Penjumlahan Rasmi Undi
  6. Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
Keterangan enam peringkat tersebut :

1.  Pengeluaran Writ
Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.

2. Penamaan Calon
Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiga sekali. Selain dari penyerahan tiga salinan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Kertas-kertas penamaan yang diterima akan di pamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh mereka yang layak iaitu calon dan pemilih yang terdaftar di kawasan berkenan. Apabila selesai urusan tersebut Pegawai Pengurus akan mengistiyarkan calon-calon yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.

3. Kempen Pilihan Raya
Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.

4. Pengundian
Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan. Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Setiap pusat mengundi biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi. Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu. Bagi pengundi-pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan. Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.

5. Penjumlahan Rasmi Undi
Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam borang 14. Semua borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi.

Apabila semua keputusan Borang 14 - Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.

6. Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui petisyen pilihan raya.

DEPOSIT PILIHAN RAYA

Bagi calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:-
  • Pilihan Raya Parlimen RM 10,000.00
  • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri RM 5,000.00
Wang deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari penamaan calon. Deposit Pilihan Raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank.

Calon-calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang di perolehi oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

sumber : http://www.spr.gov.my/

INFOGRAFIK PROSES DALAM BILIK MENGUNDI
sumber : Berita Harian
Jom tengok perjalanan proses dalam bilik mengundi berdasarkan infografik dari Berita Harian :

  1. Pengundi masuk dan diawasi oleh anggota polis bertugas
  2. Pengesahan daftar pengundi menggunakan kad pengenalan
  3. Dakwat kekal dicalit pada jari telunjuk kiri / pengeluaran kertas undi (kertas undi tidak akan dikeluarkan jika pengundi enggan dicalit atau sudah ada tanda calitan)
  4. Pengundi menandakan kertas undi di petak undi
  5. Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi bagi Parlimen dan DUN
  6. Pengundi keluar dari bilik mengundi

Dah dapat gambaran proses pilihan raya dan proses mengundi? Dapat gambaran sedikit, kan? Okey la tu, at least dapat imagine dah suasananya kelak. Saya first time nak mengundi untuk negara ni, maklumlah baru cukup umur, cewahhh. Sebelum ni mengundi dalam Pilihan Raya kampus di universiti ja, lebih kurang ja prosesnya tu. So, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Pangkah elok-elok ya, jangan sengaja nak rosakkan undi pula, oppsss undi adalah rahsia ! :)

* Ku pilih Malaysia !

TAG : PROSES PILIHAN RAYA, PILIHAN RAYA MALAYSIA, ISU SEMASA, ISU POLITIK, POLITIK MALAYSIA, UNDI HANTU, PROSES MENGUNDI, PENGUNDI MALAYSIA, PILIHAN RAYA 13, PRU13, SPR MALAYSIA, UMNO, BN, PAS, DAP, KEADILAN, PKR, UBAH, REFORMASI, TRANSFORMASI, UNDI ROSAK, POLITIK KOTOR,

Anda sedang membaca artikel PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA DAN PROSES DALAM BILIK MENGUNDI dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2013/04/proses-pilihan-raya-di-malaysia-dan.html
Semoga artikel PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA DAN PROSES DALAM BILIK MENGUNDI ini dapat memberi manfaat untuk semua.

7 COMMENTS:

::MaEstrO aMaD:: said...

hehe..orang yg baru pertama kali mengundi mesti nk tahukan..thanks for the info

wahida said...

tak sabar nak mengundi...yeayyyy!!

Izzati Liyana Sabri said...

wahhh, complete prosesnya. saya pun baru layak mengundi tahun ni. hehe.

Hafizin Jamil said...

tak dapat mengundi lagi ni..umur tak cukupp.. --' hehe

Izzat Eshak said...

saya pilih mengundi!

Amanina said...

tengs 4 share.. 1st time nk mengundi nie

adzairdawati makdara said...

saya pilih mengundi hehe

READ ME, PLEASE?