KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Monday, April 01, 2013

PENGALAMAN TEMUDUGA TERBUKA PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17


Assalamualaikum dan hello my readers !
Fuhhhh...penat seharian dari pagi berdiri berpanas berbaris panjang-panjang sepanjang-panjangnya sampai berpeluh ketiak tau hehe. Maklumlah, Pejabat Pendidikan Daerah Papar dekat dengan rumah, dengan senang hati turun jam 8.30 pagi. Sampai saja di tempat kejadian, haaaa ambek kau panjang barisan macam ular. Dah namanya 'open interview'..walaupun bertaraf sambilan tapi dalam sektor pendidikan, siapa tak nak, kan? Lagi-lagi 'penanam anggur' yang sangat berjaya ni huhu.

Dapat tau pasal temuduga terbuka ni dalam minggu lepas, keluar iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 Di Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Negeri Sabah bertaraf sambilan. Tu pun member bagitau. Dipendekkan cerita, bayangkan berbaris punya panjang macam dalam gambar di atas tu, semata-mata nak ambil borang saja, lepas isi borang tu kena berbaris panjang lagi di kaunter semak sijil, lepas tu hantar borang. Haaaa tunggu lah nama dipanggil lepas tu pergi temuduga secara berkumpulan di dalam bilik tertutup. Lebih kurang 11.30 pagi macam tu saya dipanggil, alhamdulillah rezeki kena panggil awal. Sebab tadi bersesak-sesak sampai duduk depan kaunter terus minta semak sijil-sijil tu, tak mau main hantar ja borang tu untuk disemak, buang masa ya. Bertimbun-timbun borang tu, nak kena tunggu dipanggil lagi hanya untuk semak sijil. Kelemahan di situ ya pengurusannya. Harap diperbaiki masa akan datang. Penting adanya label-label pada meja di kaunter-kaunter.

Semasa sesi temuduga tu, ada dua panel di hadapan kami. Kami berlima untuk sesi temuduga berkumpulan tu. Soalan semasa sesi temuduga tu ada tiga peringkat. Antaranya :
  1. Sesi Pertama : Perkenalkan diri anda
  2. Sesi Kedua : Diberi situasi. Anda sebagai pembantu tadbir sebuah sekolah, Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengurus pertukaran sekolah seorang pelajar yang terpaksa berpindah kerana mengikut keluarga. Bincangkan bagaimana anda bertindak dan mengurus pertukaran sekolah pelajar tersebut.
  3. Sesi Ketiga : Soalan Umum & Pengetahuan Am.
  • Bila waktu bekerja seorang penbantu tadbir ( maksudnya jam berapa ke jam berapa)
  • Di mana kawasan larangan merokok?
  • Apakah nama bendera Malaysia?
  • Bila pembentukan Malaysia?
  • Bila sambutan Hari Guru?
  • Siapa Menteri Pelajaran Malaysia?
  • Siapa Perdana Menteri Malaysia ke-4?
  • Kenapa perlunya pemakaian 'name tag' di jabatan-jabatan?
*psstt..masa duduk di luar tunggu giliran, terdengar soalan diorang pasal manfaat facebook pastu diminta bagi pendapat..ditanya lagi dalam masa sehari, berapa jam main facebook hehe. Haaa kena alert yaaa isu semasa.

Sekian, itu saja perkongsian pengalaman temuduga terbuka jawatan Pembantu Tadbir Gred N17. Temuduga terbuka tu sampai esok, 2 April 2013. Masih sempat lagi warga Sabah yang berminat turun esok di PPD seluruh daerah Sabah. Wish you good luck ! Cuba saja bah, dapatka tidak tu belakang kira. Yang penting kita usaha, mesti yakin menjawab ya masa interview tu, jangan gagap-gagap :)

#Nota Hati: Uncle saya buat lawak, dia cakap alaaa jawatan kosong tu 5 ja, cukup dah untuk ahli keluarga sanak saudara kaum kerabat yang terlibat, buat temuduga hanya untuk cukup syarat. Aisehhh uncle, macam berpengalaman haha. Biasalah zaman sekarang kan, semua orang cakap benda yg sama. Kabel la apa la...whatever..kalau ada rezeki, insha Allah ndak lari ke mana, think positive, oyeahh !!

TAG: SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR GRED N17, PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU TADBIR, TEMUDUGA KERJA KERAJAAN, PENGALAMAN TEMUDUGA TERBUKA SABAH, KERJA KOSONG SABAH 2013, TEMUDUGA TERBUKA SABAH 2013, VACANCY 2013 SABAH, TIPS TEMUDUGA 2013

Anda sedang membaca artikel PENGALAMAN TEMUDUGA TERBUKA PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2013/04/pengalaman-temuduga-terbuka-pembantu.html
Semoga artikel PENGALAMAN TEMUDUGA TERBUKA PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 ini dapat memberi manfaat untuk semua.

16 COMMENTS:

laskar pelangi said...

wow ramai gak tu

||Sis aLeaSaRa|| said...

wah wish all the best utk sis mn tau rzki,kan.skrg mmg grm semua kn guna kabel.akk pun bagai nk rak apply gov trn naik pjaya htr form n resume.sini xda buka pun open iview utk PTO.

bkn kje gov je kja badan berkanun pun kn ada kabel mcm akk area klia,nk apply kje malaysia airports & mas kalau ada kabel kt dlm lg bgs.

tp akk x guna pun.usaha,doa n twkl sbb rzki semua dr Allah,gunalah kabel berapa tan pun klu itu bkn yg terbaik...xda gak,kan huhu..

Ash Give said...

Wah gila soalan...macam tu pulak..aku pun tak dpat jawab kalau tak stdy dulu..haha

Btw, hila hari guru di sambut..
Bila pembentukan malaysia
Siapa mntri plajaran skrng
Waaahhhhhh.. aku jawab mmng aku hantam jak hahahahaa

~AmyLiana86~ said...

amy dapat keje skrg as pmbtu tadbir (p/o) pun melalui temuduga terbuka..tp berjawatan kontrak..alhamdulillah da 1 tahun lebih da keje..dia nak ambik 3 orangg jer...alhamdulillah amy terpilih...rezeki nk kawen kut masa tu..hehe..

bab kabel tu memang langsung xde men la..redah jer..amy doakan yann dpt yer.. =)

[sutera kasih] said...

@Ash Give:
agak2 la jgk ko bu..soalan umum tu pun ko xtau jwpn?? tipuuu haha

[sutera kasih] said...

@~AmyLiana86~:
yaka amy? syukur amy dpt..bkn sng dpt keja masa open intrvw tu..byk saingan huhu..ntahla, x mharap sgt..kalo dpt, syukur sgt2 la huhu

[sutera kasih] said...

@||Sis aLeaSaRa||:
tqvm dear !! :)

sy dulu praktikal d malaysia airport..mmg kalau ada family dlm mab tu, sng masuk kerja sana..dorg pun ckp camtu kt sy..huhu

Fadth Wan said...

ramai sangat tue.. Klu ada rezeki dpt keja tue.

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh sekali tp jwtn lain..

Myra Jay said...

TQ sharing Yann, ada gak ek tanya pasal FB :)

Izzati Liyana Sabri said...

fuhyoo! ramainyaaa. dah tahu result belum? kalau belum, goodluck saya ucapkan :)

Anonymous said...

Dh dpt result ka?

Perttzyana Alpah said...

tersinggah di sini pulak.. gara gara saya nervous sama ingin info lanjut sebab besok sudah di suruh lapor diri/taklimat.

do visit my blog ya deemataque blog

Awangku Affendi said...

So cmna mo taw result temudugs

Awangku Affendi said...

So cmna nak taw result berjaya o tidak ?

melda melda dennis said...

Klu ada family senang nak dpat sbb d org c rekomen sdia.

READ ME, PLEASE?