PARIS HILTON LIPTON

FAVOURITE POST

Wednesday, February 29, 2012

#WW 46: ANGAN, IMPIAN, CITA-CITA, PERANCANGAN

sumber gambar-gambar: Google Image

-----> Klik Koleksi Wordless Wednesday

#WW 45: PERMAINAN MASA KECIL COMEL

sumber gambar: Google Image
sumber gambar: Google Image
-----> Klik Koleksi Wordless Wednesday

Tuesday, February 28, 2012

SUDAHKAH KITA MENCINTAI SESEORANG DGN CARA SEPERTI INI?

sumber: google image

Jika engkau mencintai seseorang
Maka ingatlah kepada Yang Maha Menciptakan kekasihmu,
Ialah Allah SWT

Jika engkau mencintai seseorang,
Maka ingatlah kepada Yang Maha menggenggam hati kekasihmu,
Ialah Allah SWT

Jika engkau mencintai seseorang,
Maka ingatlah Kepada Yang Maha menguasai kekasihmu,
Ialah Allah SWT.

Dan Jika engkau mencintai seseorang ,
Maka ingatlah kepada Yang Maha menanamkan rasa cinta dalam hatimu itu,
Ialah Allah SWT

Kerana jika Engkau mencintai seseorang,
Dan hanya kepada Allah SWT ingatanmu tertuju,
Ertinya engkau telah memahami makna cinta dan menjauhi syahwat

Sudahkah kita mencintai seseorang dengan cara seperti ini?

Tetapi kita kena ingat..
“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”

(CP from http://pakarcinta.com/blog/jika-kamu-mencintai-seseorang/)

Jika ingin dicintai oleh manusia, pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Maksud sabda Rasulullah s.a.w : “Kasihanilah apa yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada dilangit”
Kita inginkan suami yang tenang seperti Zikir (Tentang Dhia), yang romantik seperti Seth (Nora Elena) dan penyabar seperti Adam (AdamMaya)…

Tetapi kita lupa ikon utama umat Islam yang mengajar erti percintaan yang terunggul dengan sifatnya yang lebih tenang, lebih romantik dan lebih penyabar!

Yang dimaksudkan ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

(source : http://pakarcinta.com/blog/rasulullah-saw-sangat-romantis/)


*POTPETPOTPET: Macam blog pakar cinta sudah ini blog huahuahua. Okeyla tu daripada blog ni senyap, at least ada juga something comel untuk dikongsi walaupun bukan dari buah fikiran sendiri, tapi agak sweet rasanya bila dapat kongsi apa yang sudah dibaca dari blog pakarcinta.com. Sharing is loving ! Selamat bekerja ! :P

Friday, February 24, 2012

ANDAI SAYA TULANG RUSUK AWAK YG TELAH HILANG

sumber: http://28.media.tumblr.com

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


sumber: Google Image
Kerana..
“Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku..”
"Ku berharap, kau adalah bakal imamku..amin ya rabbal 'alamin :)"

*KATA HATI: Salam Jumaat my readers. Amboiiiii...mengata saya aaaa. Apa yang berbunga-bunga? hehe. Curi masa kejap lawat blog. Hari Jumaat hari yang mulia, kan baik kongsi something yang baik dan berbunga-bunga heeeee. Saya suka baca blog http://pakarcinta.com. Sangat memberi motivasi, tazkirah ringkas yang berhikmah dan peringatan. Rasanya lagi berfaedah daripada lepak di FB, yeahhh dapat mengubat penyakit ketagih FB hehe. Okey, cubalah singgah di blog pakarcinta.com (^__^)

Thursday, February 23, 2012

PESANAN BUAT BAKAL KEKASIH HALAL KAMU

sumber: http://khazinatulasrar.tumblr.com/
"Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri" (Cinta & Kahwin, 2012)
‎“Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…” (Cinta & Kahwin, 2012)
"Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan." (Cinta & Kahwin, 2012)
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah..yeaaaa kamu buat saya tersenyum sentiasa..oyeahhh mari kita berdoa sentiasa hehe!!!
Pesanan buat bakal kekasih halalku..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga 'dia' seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti :)

(CP from http://pakarcinta.com/blog/pesanan-buat-bakal-kekasih-halalku/)

sumber: http://khazinatulasrar.tumblr.com/

P/S: ehemmm...since dah start OJT, tiada masa mahu blogging guna idea sendiri, so hanya mampu kongsi something bermanfaat saja, untuk kamu pembaca dan kamu pelawat dan especially for you dear..heeeeee :)

Wednesday, February 22, 2012

#WW 44: DOA JODOH

sumber: Wanieisa


-----> Klik Koleksi Wordless Wednesday

Saturday, February 18, 2012

DEAR, THANK YOU !

sumber gambar: http://khazinatulasrar.tumblr.com/

"....Ku rasakan seperti hidup semula muncul kamu
Kau terangi hidupku
Kau ubati lukaku
Semua dari kamu

Setelah kau ada di situ segala menjadi baru
Ku hadiahkan hatiku untukmu untukmu
Setelah kau ada di situ segala menjadi baru
Ku hadiahkan hatiku untukmu untukmu..."

(hak milik sepenuhnya The Fabulous Cats -Lirik Lagu Muncul Kamu)


*Autopublish. Selamat berhujung minggu semuanya. Love, SKY :))

Friday, February 17, 2012

PUTERI ACUAN AL-QURAN

sumber: Google
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya

Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi

Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi

Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku

Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku

Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…Puteri acuan al-Qur’an..
Kita tak bisa mengubah keadaan,
tapi kita bisa mengubah sikap kita menghadapinya,
Kita tidak bisa mengubah arah angin,
Tetapi kita bisa mengubah arah sayap kita..
*Doakan kami kaum hawa mampu mencapai menjadi Puteri Acuan Al-Quran.
errrr..REPOST !!! BUSY !!! huhu

Wednesday, February 15, 2012

#WW 43: EVERYDAY IS A LOVE DAY


sumber gambar: http://khazinatulasrar.tumblr.com/

-----> Klik Koleksi Wordless Wednesday

# WW 42: DEAR, PRAY FOR YOU.

(p r a y f o r y o u d e a r)
-----> Klik Koleksi Wordless Wednesday

Tuesday, February 14, 2012

SAYANG, 승무원 그리워요

"Sin Ya Nga Kaf Wau, miles may separate us, but you are with me always, in my heart".
Salam my readers :)
Apa kejadahnya tajuk post entri ni..siapa faham? Haha. Okey entri ni serious. Urmm, semangat mau #WW Wordless Wednesday kan esok yahooooo. Arghhh perasaan tidak comel sungguh hari ni, tidak somel langsung. Okey Bye ! :))

#Aikkk org KK skrg demam mencari OMEKK yaaa haha (Orang Misteri Era KK)

Monday, February 13, 2012

SAYANG, HAPPY BIRTHDAY BABY MIA

*BEST VIEWED WITH GOOGLE CHROME*

Salam my readers :)
Mehhh ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday to Baby Mia. Layan gambar sajalah yaa..yaa..yaa?? haha. Happy Birthday baby Mia Alisha, semoga jadi anak yang solehah, anak yang baik, taat dgn ibu bapa, jangan nakal-nakal ya baby Mia. Nanti dah umur 7 tahun, baca blog Aunt Yann ni yaaa hehe. Sorry baby Mia, Aunt mampu bagi teddy bear kecil saja, sesuai la tu macam baby Mia kecikkkk comel lagi somel hehe. Thanks to Ana & husband, Mia's parents coz jemput kami untuk tolong habiskan nugget2, burger2, fries2 hehe syedappp. Nanti turn kami akan datang, kamu lg datang yaa bawa baby Mia hakhakhak. #Berangan.
HAPPY BIRTHDAY BABY MIA ALISHA
SWEET 1ST YEAR BIRTHDAY
11 FEBUARI 2012
Sila skroll gambar ke bawah hehe bagi pengguna IE, mesti hodoh jadinya my pictures scroll ni huhh
A

*prev entry : LELAKI PALING HENSEM

Thursday, February 09, 2012

SAYANG, BABY ANGRY BIRD COMEL

Salam my readers :)
Hari ni hari ketiga saya OJT di HR MAB. Ermm, not bad. Semua staff baik2 belaka hehe. Okey, bukan nak cerita pasal training yaaaa. Mau potpetpotpet pasal baby saja hehe. Thanks Amy sebab share gambar latest baby angry bird kesayangan, Najihah. Rindu baby angry bird yang awesome lagi comel, in short form SOMEL!!! Kami panggil dia baby angry bird sebab, dia pantang dengar muzik angry bird, comfirm kepalanya goyang-goyang sambil menari-nari, comelkan? hehe. Agak teruja jugak sebab x lama lagi Insya'Allah dapat ahli keluarga baru, alulululu comel2 hehe. Best kalau dapat luang masa dengan baby2 ni, sebab baby2 ni buat kita rasa tenang jak. Baby2 kan comel, lucu-lucu ni dengan gaya karenah yang aneh-aneh disamping manja-manja hehe. Apakah.
Marahka tu baby angry bird? kelak ketok kak amy ya k? hehe
"Baby Najihah, mun kmk balit cnun kelak, mgkin time ya ktk dh besar cket, mesti kureng dh kecomelan ktk ya haha. Kmk sayang baby Xera jak lah k?".

Ntah apa yang saya merepek ni. Mengantuk pula sambil tunggu ada kerja hehe. Tiba-tiba pulak jari jemari ni terupload gambar comel di bawah. Comel sungguh jari jemari ini. Sengal. Hanya Tuhan saja yang tahu bak kata lagu nasyid, cewahhhhhhhh. Happy sebab kamu pun dah dapat placement jugak, congrats yeaaa :)
sumber: Rusydee Artz

Sunday, February 05, 2012

LELAKI PALING HENSEM

sumber: Facebook
Salam sayang semuanya :)
Bila sebut lelaki hensem, semua anak gadis akan membayangkan seorang jejaka kacak ibarat artis Korea, pelakon Hollywood, pelakon Hindi, jejaka Arab dan sama waktu dengannya hehe. 'Lelaki paling hensem' sangat subjektif untuk dijelaskan. Betulkan? Begitu jugalah dengan Perempuan Cantik. Si Jejaka A cakap yang kurus tu cantik, tapi si Jejaka B cakap yang berisi comel tu lagi cantik. Si Gadis A cakap yang berkulit cerah itu kacak, tapi si Gadis B cakap yang berkulit hitam manis tu lagi kacak. Cuba kamu bayangkan kalau pandangan kita semuanya sama? Huru hara tak? hehe. Itu perlunya kadang-kadang pandangan kita ada perbezaannya sebab perbezaan itulah yang melengkapi kita dan buat kita saling memahami. Ada kaitan tak? Fikirlah sendiri (^___^).

Bagi SKY, definisi Lelaki Paling Hensem sangat simple. Paling utama, seorang yang taat kepada Allah swt. Cukuplah dia seorang yang mampu menjadi imam kepada keluarga, mampu menjadi qari kepada anak-anak, seorang anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapa, mengutamakan keluarganya, menghormati orang tua, menghormati kita sebagai wanita, pandai mengambil hati orang tua, memberi ketenangan bila bersamanya, sentiasa mengingatkan solat 5 waktu, sentiasa memberi teguran positif, bertolak ansur, memahami segala kekurangan yang ada, tidak cerewet dan paling utama tidak cepat marah atau melenting. Semua pun akan cakap benda yang sama kan? Sebab memang secara fitrah setiap manusia mahu yang terbaik untuk diri masing-masing. Sebelum kita mahu yang terbaik, perbaiki terlebih dahulu diri kita juga. Sebagai peringatan diri sendiri khususnya yaaa hehe.
sumber: Rusydee Artz

Lagi extra bonus, lelaki paling hensem tu manis & ikhlas senyumannya. Dalam Islam telah pun memberi kita garis panduan untuk mencari calon isteri ada 4 ciri yang patut diutamakan iaitu pertama, agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya. Calon suami pun ada juga ciri-ciri yang patut diutamakan, pertama, agamanya, keluarganya, ada ciri kepimpinan, kewangannya (bukan bermakna materialistik yaaa, nafkah untuk keluarga) dan akhlaknya. Lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. Faham tak maksud ayat tu? Mendalam sebenarnya maksud ayat tu. Rajin-rajinkanlah berfikir untuk masa depan (^__-)

Tiba-tiba rasa rindu dengan syariah & usuluddin..wuwuwuwu. Teringat masa dalam modul di GEMS, masa tu trainer suruh lukis what women & men want & needs. Aku selitkan dalam kertas mahjong tu selain yang di atas tu la kan, lelaki pandai main gitar & menyanyi macam Pasha Ungu. Amboiiii mana nak cari tu haha. Topazian, i'm just kidding tu yaaa. Kalau ada pun, tu kira bonus hakhakhak. Gatal.

12 RabiulAwal 1433H. Salam Maulidur Rasul, jom berselawat ke atas nabi tak kira waktu :)
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Rasulullah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
Klik mesej video klip maher zain: the choosen one

Saturday, February 04, 2012

EVA ROMENA: GURU TADIKA YANG COMEL

*AWAS ENTRY BERGAMBAR BANYAK TERLAMPAU

Salam sayang semuanya :)
Semua tengah bersantai-santai kan? Today nak kongsi pasal kawan baik saya. Kenal dia via blog, dah jumpa pun, jangan dengki. Eva memang gadis natural beauty yang pernah saya jumpa. Subhanallah, cantiknya ciptaanMU. Bermake up atau tidak, dia tetap cantik. Jujur ni weiiiii. Dalam diam, ubi-ubi berisi rupanya si Eva ni. Suka berposing rupanya depan camera hehe. Memang fotogenik. Eva jugak seorang guru tadika, sangat comel lah mengajar budak2 tadika, best ehh !!
Sebab ada jenis yang cantik di gambar ni, kadang-kadang hasil editing photoshop @ photoscape saja. Tapi dah jumpa Eva face to face kan, dia memang cantik. Kecil saja orangya rupanya tapi kurus, Eva sila makan kuat lagi hehe. Bak kata blogger lain, Eva ibarat klon Heliza AF. Memang benar. Lagi satu, Eva suka ketawa jugak rupanya, sama macam saya dan Amni hehe. Amni kenal tak? Dah jumpa jugak Amni, comel loteh jugak orangnya dan banyak ceritanya, AmirFX pun dh jumpa, agak pemalu la dia tu  :P

Bilalah boleh join sarawak gathering bloggers lagi. Sabahan blogger pun tak pernah jumpa lagi, macam tiada yang sudi ni mau jumpa haha. kesian. Okey, jom tengok keanggunan gadis sarawak, Eva Romena. Sila skrol sampai ke bawah ya. Gambar-gambar adalah ditapau dari blog Eva, dah minta izin tauuuuu :P

http://www.evaromina.com/
(jelesnya blog Eva dah ada domain sendiri, mau jugak bahh suterakasihyann.com aisehhh)

Gadis Sarawak Jepun hihihi

Okey, sebelum Eva kejar saya sebab publish entry ni, baik saya cawwww cepat, sebelum tu, sila tengok vlog-vlog Eva, best tau hehe http://www.youtube.com/user/titiknoktaheva OkeyBye!! :))

Friday, February 03, 2012

HAFALAN SOLAT DELISA & MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS

Salam Jumaat semuanya :)
Urmmm, semalam punya semalam dah tengok bioskop Hafalan Solat Delisa dengan kamu. Orang tengok dengan khusyuknya menghayati setiap bait ayat skrip, menghayati jalan cerita, kamu pulak layu-layu mata mengantuk haha. Apakah? Honestly, movie ni memang terbaik, tolak ketepilah if storyline buat kamu rasa sleepy or ada scene yang kurang logik hehe. Banyak mesej & pengajaran yang saya dapat dari movie tu. Well, biasalah hati perempuan kan kalau tengok movie yang menyentuh perasaan ni, memang tetiba rasa nak crying hehe. Hati tisu. Okey, pengajarannya :

  • Delisa sangat khusyuk solat time ujian amali solat, hingga tak pedulikan tsunami datang.
  • Haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu especially dalam perkara kebaikan.
  • Jangan cemburukan sesuatu yang bukan milik kita.
  • Kasih seorang ibu & ketabahan seorang ayah.
  • Jangan mengharapkan balasan kalau buat sesuatu.

Ehemm, tengah aim something ni. Buku Hafalan Solat Delisa and Men are from Mars & Women are from Venus. Tapi rasanya, terpaksalah ditunda niat tu sebab kena save budget untuk training, start next week dah wuwuwuwu. Oh no money in my pocket.


Sinopsis Hafalan Solat Delisa by Tere Liye
Kisah isnpirasi selepas tsunami di Acheh. Sebuah kisah kehidupan yang diceritakan daripada pandangan seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun. Delisa anak erempuan bermata hijau, bening, dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum ceria. Dalam suasana keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya. Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatkan senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu, apakah Delisa mampu tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?

Ulasan buku oleh Ipai ttg buku Men Are From Mars & Women Are from Venus by John Gray

Thursday, February 02, 2012

I LOVE KK: HAPPY BIRTHDAY KK CITY

2nd February 2012.
HAPPY 12th ANNIVERSARY KKCity !!

TAHUKAH ANDA?

KOTA KINABALU telah mencapai taraf BANDAR RAYA pada 2 Febuari 2000 (masa tu form 1, baby2 baru nak belajar hidup asrama haha). Siapa kata kami warga Sabah masih tinggal atas pokok? Sah lah kamu tidak mengikuti perkembangan semasa, shame on you lah. Siapa kata gadis Sabah hodoh? Memang awak tak pandai menilai kecantikan orang. Hey you, kecantikan dipandang dari pelbagai sudut, kecantikan itu subjektif. Astaghfirullah, janganlah bangga dengan apa yang kamu punya kalau ya pun, janganlah mengutuk2 yeaaa comel-comel belaka, humble-humble sudahlah. Ehhh kenapa jugak ayatku ni mengencang hehe. Rilekssss. Saja jak tu teaser intro :P

PROUD TO BE SABAHAN. I LOVE KK CITY. WHY?

Sebab ada Gunung Kinabalu. Syukur alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melihat keajaiban dan kuasa Allah swt yg Maha Agung. Cuma, belum berpeluang nak daki lagi hehe.
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu… listen more at http://youtu.be/obqb1zRbJlw (^__^)
Sebab ada Universiti Malaysia Sabah. UMS ku sayang, proud to be UMS student. Kalau tak silap, antara universiti yang tercantik, kan? Memang cantik pun hehe. Semua universiti di M'sia pun cantik2 bah :)

Ada shopping mall dan tempat shopping yang sangat banyak, banyak pilihan, harga berpatutan, macam-macam ada. No wonder lah KK selalu penuh sesak. Paling disuka, Centre Point yaaa. CP dulu, kini dan selamanya ahaksss. Walaupun banyak shopping mall, tetap jugak CP yang disinggah, hairannnnnn (^__^).

Walaupun awak bongga kalau dapat shopping di tempat lain, tapi saya tetap bangga jugakk shopping di KK saja. Centre Point, Suria Sabah, KK Plaza, Wisma Merdeka, Warisan Square, 1 Borneo, Api-api centre, Jln Sinsuran, Jln Segama, Pasar Filipin, Pasar Malam, Gaya Street dan lain-lain. Fuhhh banyak sungguh. Siapa yang dah sampai KK, confirm nak datang lagi, kan?

Ada GRACE POINT FoodCourt Sembulan, Pulau-pulau (Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik), Jesselton Point, Tugu Peringatan Double Six, Taman Perdana di Tanjung Aru. Best kan?

Ada Tanjung Aru Beach. Tempat makan-makan yang paling superbebbbb. Tempat lepak-lepak. Tengok matahari terbenam, aisehhhhh. Fiffy, pinjam gambarmu hehe.

Oyeahhh ada Anjung Selera di Teluk Likas. With member Gemies Teda Ubat hehe. Malam-malam ada candle night di sini, romantik seyhhhhh. Okey nanti sambung lagi cerita pasal Sabah yaaa sebab belum lagi tu cerita pasal di Kundasang, Ranau, Tuaran, Papar, Semporna, Tawau dan lain2 Syukur alhamdulillah atas kurniaan Illahi Thank you atas kurniaan peace & 1 Malaysia..heee patriotik sikit arini. I LOVE KKCity!

Last but not least, layan lagu Macam di KK (^__^)
Sia bilang mcm di kk
Ada di kk
semuanya macam di kk aramai
semuanya ada di sini listen more at http://youtu.be/kcLlV2IR5qE !!

*sumber gambar: Google & Koleksi Peribadi.

RINDU SAYA?? GODEKLAH CURHAT DI BAWAH

MY TUMBLR