KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Tuesday, June 12, 2012

RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA - SABAH (THE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO)

sumber: Puadede.com
Salam & hello my readers,
Apa khabar? Cuti sekolah pun dah habis, jadi adik-adik dan parents budak-budak sekolah, pergi bercuti di mana? Sabtu lepas, kami pergi ke tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi di sekitar Kota Kinabalu, Sabah iaitu ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Rumah Terbalik dan Taman Buaya Tuaran.   Di Kota Kinabalu (KK) semuanya ada. Bak kata Javis dalam chorus lagunya, Macam di KK ;
"Sia bilang mcm di kk
Ada di kk
semuanya macam di kk aramai
semuanya ada di sini"

Sebelum sampai di Rumah Terbalik Pertama di Malaysia ni, destinasi pertama kami adalah Taman Hidupan Liar Lok Kawi (next entri yaaa). Konon-konon macam budak sekolah pergi melawat zoo hehe. Masa sampai di Rumah Terbalik ni, cuaca memang agak panas terik. Ketiak pun berpeluh habis. Tapi pengunjung boleh tahan ramai, tak putus-putus. Barisan di kaunter beli tiket pun panjang. Harga tiket untuk masuk ke Rumah Terbalik ialah, bagi dewasa RM18, bagi dewasa pemegang Mykad RM10 dan kanak-kanak RM5.

Masa ni tengah tunggu giliran naik Rumah Terbalik. Actually, gambar-gambar termasuk tuan punya badan pun banyak tapi dalam kamera kawan. Tak penting jugak kan, yang penting gambar Rumah Terbalik hehe. Masa nak naik rumah ni, kita dalam satu kumpulan kecil sekitar lebih kurang 10 orang. Ada seorang guide akan bawa kita naik ke atas dan bagi sedikit penerangan berkaitan Rumah Terbalik.

Nampak tak basikal dan ampaian (jemuran baju) bergantung di luar belakang rumah tu? Tak eh? Sorry, gambar kurang jelas, kamera tak canggih hehe. Untuk pengetahuan kamu, bergambar di dalam rumah terbalik adalah dilarang sama sekali. Hanya boleh bergambar di persekitaran luar sahaja. Tapi takpa, saya bagi gambaran awal suasana dalam rumah terbalik supaya kamu teruja hehe.

Melangkah masuk ke dalam Rumah Terbalik, pintu depan pun terbalik. Di ruang tamu, kerusi-kerusi, meja, TV, radio, duit syiling, semuanya melekat di atas. Kipas angin dan lampu siap ada cicak plastik melekat di situ, berada di lantai. Begitu juga di ruang beranda, tandas, bilik tidur dan dapur. Mesin basuh, mangkuk tandas cangkung, baldi, katil, meja belajar, dapur gas, mesin jahit, peti ais (sayuran, ikan ayam dan buah di dalam pun dalam keadaan terbalik), semuanya melekat di permukaan dinding atas, seolah2 nampak terbalik. Benda paling berat dalam rumah terbalik ialah......cuba teka, apa?

Habis berjalan-jalan dalam Rumah Terbalik, menuju jalan keluar boleh pergi ke kedai souvenir dan kafe, bukan percuma hehe. Souvenir Rumah Terbalik banyak dijual contohnya cawan, key chain, fridge magnet, baju t-shirt, penanda buku dan sebagainya. Harga boleh tahan, ada diskaun untuk pengunjung local. Akhir sekali, kereta kancil terbalik di garaj kereta. Comel kan? hehe. Diorang berdualah peneman cuti-cuti Malaysia. Ada jugak bergambar konon-konon bawa tu kereta, perasan kuat la tu haha. 

Okey, di bawah tu ada Peta jalan ke Rumah Terbalik. Pastikan tengok peta kalau first time pergi area sana, macam kami terkial-kial mencari jalan, harapkan Maps di telefon pun direction umum sangat, nasib baik jumpa. Di Kg Telibong, Tamparuli, tepi jalan saja sebelah stesen minyak Shell kalau tak silap. Oh yaa, jangan terkejut masa sampai di Rumah Terbalik, kamu akan disambut oleh gadis-gadis ayu berkain sarung ala-ala gadis kampung. Unik kan? So, jom lah datang Sabah !!!


Maklumat berkaitan Rumah Terbalik di Sabah ;

Gambar-gambar proses pembinaan Rumah Terbalik dan antara gambar-gambar di dalam Rumah Terbalik ---> Puadede.com & Budaini.com
  • Website Rumah Terbalik Tuaran : http://www.upsidedownhouse.com.my/
  • Facebook Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo : www.facebook.com/pages/Rumah-Terbalik.../129133930503931
Tag: Gambar Rumah Terbalik, Rumah Terbalik Tuaran, Rumah Terbalik Tamparuli, Kg. Telibong, Pelancongan Sabah, Tempat-tempat Menarik di Sabah, Cuti-cuti Malaysia, Harga tiket Rumah Terbalik, Gambar di dalam Rumah Terbalik, Kereta Terbalik

Anda sedang membaca artikel RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA - SABAH (THE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO) dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2012/06/rumah-terbalik-pertama-di-malaysia.html
Semoga artikel RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA - SABAH (THE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO) ini dapat memberi manfaat untuk semua.

15 COMMENTS:

dwaty said...

saya tambah ....

saya sudah pergi... anda bila lagi...

marilah datang sabah..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui tgh pening tgk gmbr ni lg pening..huhu..bila la dpt p lg ni.

Blossom Heart said...

ala-ala eksplorasi kembara...beshhhh... :)

Adylia Qarissa said...

unik betul umah terbalik tu...

Cinoi said...

Ive been there too. Tp x masuk bcos mcm "haa rm10!!" but then abg ipar i masok n my sis, dia org kl n nk blk Kl soon. Kalau mcm kami ni di KK sahaja so anytime boleh dtg.
Rare kan!

~Sweet Honesty~ said...

saya dah pegi tpt nee.. ada buat entry sal ne juga..hihi

Ardini Humaira said...

memang menarik! nanti ada rezeki g KK dni singgah ke rumah terbalik tu :)

Opieneon said...

pelik2 aja

As Shaari said...

menarik...bilalah nak sampai ke sana

Gen2Merah said...

yaa, memang unik rumah nii.. kreatif kan..

Kancil 8349 said...

memang unik...salah satu tempat menarik di Sabah...

Hanie Dew said...

belum pegi lagi.nama jak aku ni orang sabah..huhuhuu...jauh bah dr tawau.

faridah nazurah said...

bestnya leh pergi rumah terbalik.. bestnya org sabah.. huuu sedih..

Myra Jay said...

Teringin nak p melawat rumah terbalik ni tapi taktau bila akan berkesempatan ;)

ABU said...

Ah bikin panas jak orng , member sabahan yg dtang sini jeles ko tahuuu..

Masa ku stdy di kk benda ni ndak lagi.. So, ndak dapat la pigi.. Skarang ni lama sudah ndak jalan jalan di kk..

Soon I will..

READ ME, PLEASE?