KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Thursday, May 10, 2012

NASIHAT DAN KATA-KATA SEMANGAT UNTUK ANAK SULUNG

Salam & hello my readers,
Kamu anak sulung? Ya, saya anak sulung. Tertarik dengan artikel dari Facebook Dr Love Blogspot tentang bertuahnya jadi anak sulung. Artikel ini agak panjang, terpulanglah kepada kamu nak baca setiap baris ayat hingga noktah terakhir atau tidak. Khususnya mereka yang anak sulung. Tapi bagi saya, rugi kalau baca sekali imbas. Tidak dinafikan memang pernah terdetik di hati macam-macam perasaan seperti yang dibicarakan dalam artikel di bawah. Siapalah kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari perasaan negatif itu. Lepas baca artikel ini, buat saya merenung diri sejenak, muhasabah diri. Alhamdulillah bersyukur kerna masih berpeluang menikmati kasih sayang seorang mak dan bapak. Terima Kasih Ya Allah :)

♥ BERTUAH ANAK SULUNG ♥

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"

"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"

" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"

"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."

"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"

"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
sumber gambar: owhsomuslim.com
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas?
Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?

Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?

Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda. Sharing is Caring is Loving is Sweet !!
sumber: Facebook DrLoveblogspot

sumber gambar: karyanet.com.my
Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat yaaa anak-anak sulung!

Anda sedang membaca artikel NASIHAT DAN KATA-KATA SEMANGAT UNTUK ANAK SULUNG dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2012/05/nasihat-dan-kata-kata-semangat-untuk.html
Semoga artikel NASIHAT DAN KATA-KATA SEMANGAT UNTUK ANAK SULUNG ini dapat memberi manfaat untuk semua.

29 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

btol tu..yui pon anak sulung..jauh caranya dgn adik2 lain..

Brilliant Marjan said...

saya anak sulung..alhamdulillah perhatian diberi ummi abah sama rata..namun terlepas pandang tntg minat sy..tp hal tu dh berlalu..

begitu juga ketika menerima tawaran belajar..abah xbg pegi..budak2, ada je yg nak dilawan tp sy tak buat tindakan luar kawal mcm remaja skrg..

bila tidak dapat apa yg dicita2 kn,follow pilihan abah..amik masa utk hati terima..tp mmg ada hikmah..

kesusahan ummi abah, sy dah nampak, kena pukul utk mengajar supaya jadi manusia, sy dh rasa....mmg bertuah adk2 yg lain..

tp memang memori indah buat sy..alhamdulillah kami tetap jadi org,10 beradik..

sy berdoa, sy mampu balas jasa ummi & abah sy..amin

lg best, bila ummi & abah pegi haji, sy seorg jaga adk2 tanpa bantuan sesiapa.kami adk beradik amik berat bersama.terasa hebat dan insaf bila tau payahnya ummi abah besarkan kami...touching jap..

Shiema Sufian said...

Shiema loves this! Shiema anak sulong jugak. Ya, Anak sulong hatinya kuat :D

faiz fakhirin said...

aminnn...semoga dipermudahkan.

Jo-Blogger said...

anak sulong banyak tggugjawab pada adik2.sy singgah sini.

wahida said...

aku anak sulung!!

pernah sentap jugak ngan mak sbb lebihkan adik laki aku tu...tapi dulu lah...haha...

semoga aku menjadi seorg ibu yg tak pernah membeza2kan anak atau tak adil pada mereka...insyaAllah...

TF said...

besar tanggujawab anak sulung nie..insyallah pergorbanan dibalas dengan kemanisan nanti.

Hanie Dew said...

aku pernah jugak merungut jadi anak sulung sbb pikul tanggungjawab yg berat terhadap adik adik.tp dr aku kecik sampai sekrg aku rasa macm aku anak bongsu.aku anak sulung tp aku paling manja*malu*. adik adik aku sume lasak dan berdikari.uhukuhuk.

apa pun iktan hati anak sulung dgn ibu bapa mmg lagi kuat kot.sebb kita lahir bawa kebahagiaan tak terhingga pada parent kita dan bahagianya mereka menjaga kita.

balas jasa mereka dengan kasih sayang lebih besar maknanya dr wang ringgit.

Gen2Merah said...

rasa nak bergenang air mata saya membaca satu persatu penerangan ini.. ya, saya akui sejak kecil dulu saya selalu berprasangka x baik/ jeles dengan kasih sayang ayah ibu pada adik2 yang lain... rupanya ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya..

terima kasih ya atas perkongsian menarik ini... Kasih sayang Allah swt memang terbaik untuk hamba2 Nya...

faridah nazurah said...

bersyukur la dgn kasih syg yg mama abah kita bagi. sbb kalau dorang xsyg kita kompem dorang dah buang kita time kecik2 dulu. betul kan?

Ini Kisah Tia said...

sedih bila baca sebab 80% darinya memang betul .. Tia mesti kuatkan diri ... insyaAllah ..

xila riston said...

sob2 sy anak sulung. pernah baca sblm nih. masa tuh bederai air mata...yeahhhh zila tabah!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sesuai utk akak ila..

RazFiRa said...

dulu ade jugak terasa, tapi bila dah tua2 ni, faham kenapa mak n abah buat macam tu. i love them!

AmirFX said...

Yeayyy! Kmk anak sulung...

ciK LyndaWawa said...

kmk anak sulong juak..=]

FiZ said...

Dulu masa zaman budak2, sangat jeles dengan adik..kelakar je bilaa ingat karenah dulu....hehe

anisalya said...

saya bkn ank sulung. tp pesan pada ank sulung yg dia masa bby mmg bernasib baik. setahun penuh dpt perhatian drpd abahnya berbanding adik yg 2 lg. selalu dpt ikt jln2 berbndg adik2nya 2. x semua ank aulung tu tk bertuah kn?

sha my heart said...

Brtuahlah ank sulung.
Tp smua ank ke brpa pn brtuah jgk. Haha, nak back up ank bukan sulung

J.Syazwana said...

anak nombor 3 pon takde kelebihan jugak. huhuhu.
pape pon parents tatap the best !!

aReLaN said...

saya bersyukur jadi anak sulong. jadi anak sulong ni, rasa bertanggungjawab n disiplin tu memang tinggi sebab kena la bagi contoh teladan yang baik untuk adik2 kan.hehehehe

Myra Jay said...

Itula tuah seorang anak sulung :)

adan said...

aku pernah baca gak facebook drloveblogspot tu..


ada btlnya..

aku terfikir..

dulu masa aku mula2 lahir.. mst ibu bapa aku sgt menyayangi aku lebih dari adek2ku.. kerna aku anak mereka yg pertama..

puteri kasih said...

puteri anak sulung juga..hikkk walhal sebenarnya puteri anak tunggal..hehe

ABU said...

aku pun anak sulung gk.. tpi drpd dua orng adik beradik.. umur pun tak beza sangt..so sama rata hehehehe

Uchi kay-f @hmad said...

sebak sikit bce ni sbb ank ke2 sulung..

*sume betul belaka yann*

Ida Firdausi said...

saya pon anak sulung gak.. memang besar tanggungjawab jadi anak sulung ni.. :)

fami said...

mengalir air mata membace isi kandungan blog ni pasal anak sulung...saya anak sulung..dididik dari kecil dah slalu dberi perhatian oleh kedua org tua saya..mase saya kecik ibu saya terlalu garang n salu sy kene marah n rotan...bile dh besar tgk ibu dh x grang sperti dahulu...adek2 bewah saya x dpt perhatian spnuhnyer sbb saya rase ibu lebih pntingkan anak2 yg dh besar n dh msuk u...so sy lebih kasihan pade adik beradik sy...mak sy suh sy yg tgk2kan adek2 sy...tp sye blum lagi abis blaja n x duk rumah...mcm mne..hmm...

fami said...

thanks a lot..

READ ME, PLEASE?