KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Tuesday, April 24, 2012

SANGGAR PAPPEK

Salam & hello my readers,
SANGGAR PAPPEK. Pernah makan? Macam biasa my beautiful housemate, Fiffy main masak-masak lagi masakan kaum Bugis. Fiffy ajar cara buat Sanggar Pappek. Bahah-bahan untuk buat Sanggar Pappek memang sangat ringkas dan berbajet kecil hehe. Sediakan pisang yang separuh masak, minyak masak, dan garam. Bahan untuk Sambal Sanggar Pappek ; belacan, cili padi, tomato, dan limau nipis.

Langkah pertama ; Kupaskan kulit pisang. Kemudian rendam dalam air yang dicampur dengan garam. Biarkan beberapa minit supaya garam meresap ke dalam pisang. Goreng pisang dalam minyak yang panas dan pastikan janganlah goreng sampai garing pula, pandai-pandailah yaaa.

Langkah kedua ; Bila rasa-rasa pisang tu dah sejuk sikit, bolehlah tumbuk pisang tu jadi kepingan nipis-nipis seperti dalam gambar di atas. Kemudian goreng lagi sekali hingga garing.

Langkah ketiga ; Cara buat sambal sanggar pappek ni ada dua cara kata si Fiffy, terpulanglah kamu nak buat sambal tomato mentah macam dalam gambar atau digoreng. Boleh rujuk cara buat sambal tomato pedas di entri SAMBAL TOMATO PEDAS.

Okey, Sanggar Pappek dah siap untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba.

Tag: Sanggar Pappek, Sambal Sanggar Pappek, Pisang Goreng, Makanan Bugis, Makanan Sabah, Makanan Tawau, Sambal Tomato, Sambal Tomat, Resepi Masakan Bugis, Gambar Pisang, Gambar Sanggar Pappek, Cara buat Sanggar Pappek, Bahan-bahan Sanggar Pappek

Previous cooking > AYAM MASAK LAWI-LAWI & IKAN KERING GORENG TAWAU, AYAM MASAK SOS, SAMBAL TOMATO PEDAS

Anda sedang membaca artikel SANGGAR PAPPEK dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2012/04/sanggar-pappek.html
Semoga artikel SANGGAR PAPPEK ini dapat memberi manfaat untuk semua.

18 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnyaaa...

J.Syazwana said...

awak membuat kan perut saya berkeroncong. huk huk.

nampak macam sedap !

nyum nyum.

pena rozie said...

1st time dengar...

Anum said...

sedapnya
leh try nie

IntaNBerliaN said...

pelik pulak rasa masakn ni tp xcited rs nak try.. unik betoi masakn dorg ni kan..hihi

thanks kongsi resepi :-)

Bui Junaidi said...

WAH..WAH..NAMPAK NYAMAN JAK EH..TP NAK MOLAH RASA MALAS INDAH..KTK MOLAH NGAN KMK JAK YANN..HEHEHE

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

seriously zuan x prnah rasa lagi

adan said...

aku rindu masakan ni.. makan ramai2 baru happening..

Ezad Skytech said...

wahhh...macam sedap je ni...simple je..:D

P.S - ingatkan sy je yg ada masalah tak boleh nak autopublish ni...tu la..kenapa ye? nak kena publish auto je skrg...ada autopublish ni memudahkan sikit...

anisalya said...

macam sedap. boleh cuba ni.

Ini Kisah Tia said...

ooo , begitu pulak masaknya kak .. di lenyek lagi ah ..

AlyNn NyzAa said...

uniknya...xprnh tgk..btw, da follow cni ^^

aRa ❤ aFiq™ said...

macam best jew.. siyes 1st time dgr makanan ni..

Nisa said...

Sedapnyyyaaa! :]

princessrayha said...

sedapnya

puteri kasih said...

nampak yummnyer...pos sini sikit..hehehe

aReLaN said...

terliur jap tengok.sedap tak??tak pernah rasa lagi.takde geng nak buatkan.wuuuu

Hanie Dew said...

oit! drooling tak henga taku baca dan tatap pisang tu. oowwhhh...rindunyaa...

biasa pakai sambal belacan je. mebeles. fuuuhhh...kalau makan tgh hari pastu ada air oren. fuhh..fuuhh...

READ ME, PLEASE?