KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Tuesday, April 03, 2012

BB CREAM : CLEAR SMOOTH MAYBELLINE

Salam & hello my readers,
Macam lama tak berkongsi Tips Kecantikan. Sebelum ni dah kongsi tips jaga kulit secantik kulit Lisa Surihani. Kali ni nak kongsi jenis BB Cream yang bagus untuk dipakai. Terpikat tengok kulit muka Liyana Jasmay lepas dia pakai BB Cream Clear Smooth Minerals. Memang vavavoooommm lah hehe. Lagipun Bb Cream keluaran Maybelline memang tak pernah mengecewakan. Rasa lembut kulit muka bila pakai Bb Cream Clear Smooth. Memang sangat sesuai untuk jenis kulit wanita Asia. Bb Cream Clear Smooth Minerals mempunyai kandungan yang cukup lengkap untuk kamu yang hanya gemar bermake up ringkas. 
CLEAR SMOOTH MINERALS BB CREAM. 8 in 1, An all in one moisturizer sunscreen SPF26/PA+++, make up base & foundation for effortlessly flawless skin. More radiant, smoother, more even tone, improved clarity, more moisture, fewer lines, better appearance & less redness.
Dua-dua jenis Bb Cream yang ini saya sudah cuba. Not bad lah, sesuai dengan kulit muka saya. Sebelum ni guna liquid foundation ZA, rasa macam tak sesuai dengan kulit muka. So try guna Maybelline Angelfit pulak tapi pun macam tak sesuai dengan kulit muka kalau berpanas, kulit muka jadi kering lepas tu liquid tu jadi bergumpal-gumpal, bila sapu compact powder, jadi tak cantik kulit huhu. Tapi rasanya sesuai guna di keadaan lembap dan sejuk. Senang cerita, saya guna Bb Cream Clear Smooth jenis tone Sawo Matang. Memang sangat selesa dan ringkas. Lepas sapu Bb cream, pakai Pixy Compact Powder Natural Beidge. Sangat sesuai dengan kulit muka saya yang sekejap kering sekejap berminyak hehe. Sebelum ni guna ZA compact powder, sesuai juga tapi tak tahan sebab bajet tak cukup, maklumlah belum kerja hehe.

Syukur sangat sebab kulit muka jenis tak bermasalah sangat, jerawat tumbuh pun kadang-kadang seketul dua ketul kalau hormon tak betul hehe. Kadang-kadang simpati tengok nasib kawan yang ada masalah kulit muka berjerawat. Harap-harap kulit muka saya berterusan macam ni walaupun lepas dah kawin, sebab kadang-kadang ada orang masa sebelum kawin, kulit licin tapi bila lepas kawin tiba-tiba jadi berjerawat huhu. Pencuci muka terbaik sepanjang zaman pilihan saya sudah semestinya Safi Balqis. Pernah cuba tukar produk lain, tak sesuai dengan kulit muka. So, jumpa di next beauty tips (^__^)

Anda sedang membaca artikel BB CREAM : CLEAR SMOOTH MAYBELLINE dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2012/04/bb-cream-clear-smooth-maybelline.html
Semoga artikel BB CREAM : CLEAR SMOOTH MAYBELLINE ini dapat memberi manfaat untuk semua.

7 COMMENTS:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui xpernah try yg ini..

gadisBunga said...

nice tips and sharing.

skrg ni trend mekap ala-ala tak mekap mmg in kan? to be frank saya dah lama tak pakai foundation. just moisturise n mineral powder.

mungkin same effect dgn pakai bb cream tu kot. very sheer finish kan~

Farihah Ahmad said...

tak pandai la bb cream or apa-apa cream segala nih. malu hohohhh

sizuka[Izzati] said...

wahhhh maybe nanti boleh try nih hehe~

Navaneetham Krishnan said...

Seems like a great product but sometimes I feel the shades are more for fair skin and difficult to get the right shade for me, Therefore, I rather stick with my foundation which gives a great covering and am happy that way.

Liza Razak said...

teringin nak cuba jugak BB cream maybelline ni tp BB cream saya yg ada ni x habis2 lagi.haih

hani apandi said...

ria kwn mek beli bbcream tok, p nya beli nak botol ya.mahai sekali jak rm50++ kot hehe.kmk gago juak coba sak jak beli berat hati hahaha

READ ME, PLEASE?