KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Friday, March 30, 2012

GLOBAL MARCH TO JERUSALEM (GMJ), BEBASKAN PALESTIN.

Thanks a lot to ADAN for sharing this information :)

Baitulmaqdis merupakan bandar yang memainkan peranan yang penting bagi penganut yang beragama Islam, Kristian dan Yahudi dimana di suatu ketika dahulu, mereka hidup berjiran dalam suasana aman dan harmoni. Di kota bersejarah ini juga telah menempatkan Qubah as-Sakhrah atau Kubah Batu yang telah dibina pada kurun ke-17 yang menjadi simbolik bagi Islam kerana disinilah telah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang mana Nabi Muhammad S.A.W telah diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Ianya terletak berdekatan dengan Masjid al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci. Bagi penduduk yang beragama Kristian, Gereja Suci Sepulchre dianggap sebagai tempat yang paling suci di antara banyak-banyak tempat di Kota Lama. Manakala yang berbangsa Yahudi pula akan berdoa di tembok barat (Western Wall), iaitu tempat yang dipercayai menjadi sebahagian daripada Bait Suci Herodes.

Kenapa Baitulmaqdis?

Masa depan Baitulmaqdis adalah penting untuk masa depan negara Palestin kerana ianya merupakan tempat antarabangsa untuk menunaikan haji disamping menjadi pusat ekonomi bagi negara Palestin. Kerana itu, telah berkurun lamanya Baitulmaqdis menjadi kebanggaan di hati masyarakat Palestin sebagai tempat keagamaan dan bersosial bagi masyarakat Muslim, Kristian dan Yahudi.

Kenapa perlu prihatin dengan masa depan Baitulmaqdis?

Apabila Negara Israel telah diisytiharkan pada tahun 1948, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan Baitulmaqdis sebagai zon antarabangsa, yang pada asalnya dimaksudkan sebagai sebuah negara Palestin. Walaubagaimanapun, pada tahun 1967, Israel menakluki Tebing Barat, Semanjung Gaza dan semua yang ada di Baitulmaqdis. Penaklukan secara haram ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa tetapi Isrea telah menolak resolusi 242 PBB yang menyarankan Israel untuk menarik diri daripada Baitulmaqdis dan beberapa jajahan yang telah ditakluki.

Penjajahan dan pembersihan etnik Baitulmaqdis

Laporan Misi Kesatuan Eropah (EU) 2005 menyatakan bahawa, “motivasi utama Israel adalah untuk menguasai demografi iaitu dengan mengurangkan penduduk Palestin dan pada masa yang sama berusaha untuk menambahkan bilangan Yahudi Israel yang tinggal di bandar Baitulmaqdis”. Polisi ini adalah daripada dasar Aparteid yang bertujuan untuk memusnahkan kepelbagaian etnik, budaya dan agama sepertimana yang telah dinikmati oleh penduduk Baitulmaqdis suatu ketika dahulu.

Tembok Aparteid Israel?

Bentuk perbuatan Aparteid Israel yang dilihat sebagai paling tidak berperikemanusiaan ialah apabila terbinanya tembok Aparteid Israel setinggi tiga meter disepanjang Tebing Barat. PBB 2004 telah menggesa Israel untuk menghapuskan tembok tersebut kerana ianya memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Palestin apabila mereka terpaksa membiarkan Israel merampas tanah untuk bercucuk tanam dan sumber air mereka kepada peneroka Israel yang menjajah kawasan itu secara haram. Oleh hal yang demikian, masyarakat Palestin terpaksa hidup dalam keadaan yang serba kekurangan disebabkan oleh pencerobohan tentera Israel yang menindas mereka dengan memutuskan segala hubungan mereka dengan dunia luar dengan perintah berkurung yang berkuat-kuasa serta merta.

Wujudkah kebebasan beribadat di Baitulmaqdis?

Pihak berkuasa Israel telah menyekat kebebasan masyarakat Palestin yang beragama Kristian dan Islam untuk melakukan ibadat di Kota Baitulmaqdis meskipun di tempat-tempat suci seperti masjid dan gereja.


Mengapa tarikh 30 Mac?

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Bagaimana GMJ akan berlaku?

Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.

Tambahan pula, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin dan beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.

Bagaimana ANDA boleh membantu?

Dasar Aparteid di Afrika Selatan hanya berakhir setelah komuniti antarabangsa mengambil langkah yang berkesan untuk memerangi diskriminasi dan penindasan. Oleh itu, komuniti antarabangsa mestilah memainkan peranan yang sama dalam menentang kubu terakhir dasar Aparteid.

Bak kata Nelson Mandela, “Palestin adalah merupakan crisis terburuk moral di dunia moden ini”.

Setelah melawat Tebing Barat, Ketua Bishop Desmond Tutu menyatakan, “Ia mengingatkan saya mengenai apa yang berlaku kepada kami orang yang berkulit hitam di Selatan Afrika”.



POTPETPOTPET: Entry copy paste & sebarkannya. Selamat berjuang delegasi Malaysia. Bebaskan Palestin !!

Anda sedang membaca artikel GLOBAL MARCH TO JERUSALEM (GMJ), BEBASKAN PALESTIN. dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2012/03/global-march-to-jerusalem-gmj-bebaskan.html
Semoga artikel GLOBAL MARCH TO JERUSALEM (GMJ), BEBASKAN PALESTIN. ini dapat memberi manfaat untuk semua.

8 COMMENTS:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

harap mereka akan bebas suatu hari nanti :)

adan said...

lengkap owh.. thanks share info beb..

semutsengal said...

usaha mcmana pun, aku tak rasa israel tu nak serah palestin mcm biasa.

Juliet_iRa~" said...

oohh br tahu..banyak gak tak tahu pasal ni sblm ni..thanks sharing..

selamat berjuang delegasi malaysia!!

smoga dipermudahkan segalanya..:)

eva said...

;'(

ABU said...

wah entry ini sgt detail.. baru jak tadi terbaca dlm entry si adan.. aku tak tahu pun ada solidarity ni.. lambat betol aku ni..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

READ ME, PLEASE?