Salam my readers :)
Semalam dah bersengal bersama-sama Jue & Hanie, hope gadis berdua lebih baik tu suka lah dengan idea tak berapa nak sengal dalam entri Mari bersengal bersama-sama. Amboiii intro bukan main panjang lagi, saya nak tanya, ada sesiapa kat sini mudah naik marah atau lebih mesra dipanggil Panas Baran?
Contohlah awak terlibat dalam kemalangan kecil di jalan raya, kamu terus nak marah-marah ke atau bantu orang yang terlibat kemalangan tu? Sekiranya kita berperikemanusiaan dan dapat kawal kemarahan, kita akan bantu orang yang cedera tu terlebih dahulu. Bukannya main lepas nak marah-marah dan menyalahkan orang lain. Nampak sangat diri kamu tu pentingkan diri sendiri. Betul tak?
Orang yang tak faham erti mengalah. Hahhh orang jenis memang buat kita rasa menyampah. Dah sah-sah dirinya tu salah dan tak betul, nak jugak tegakkan benang yang basah tu. Tetap juga nak pertahankan diri dan cakap besar. Bila orang tak nak terima pendapatnya, mula lah nak marah-marah. Lepas tu tarik muka semasam-masamnya mengalahkan cuka.
Secara normal, tak semua orang suka orang yang cepat nak marah ni. Tapi kadang-kadang, orang cepat nak marah ni dialah cepat cool, macam saya haha okey angkat bakul sendiri. Biasanya kalau saya marah, saya akan diam saja, pendek kata 'makdal'. Tau tak 'makdal' tu apa? Makan Dalam. Bahaya jugak 'makdal' ni sebenarnya, ibarat hati ni dihiris-hiris lepas tu disiram limau nipis tu, perghhhhh sakit tu. So, elakkanlah diri kamu daripada 'makdal' dan marah-marah, sebab kalau suka marah-marah, apa pun tak boleh hehe.
Kalau masa tu tengah berdiri sambil marah-marah, duduklah. Kalau tengah marah-marah tu, tarik nafas dalam-dalam, beristighfarlah banyak-banyak. Sebaiknya, ambil wudhuk. Lepas tu tengok kat cermin, adoiiii hodohnya rupa kita tengah marah, macam taugeh lembik HAHA. Jangan marah2 nanti cepat tua (^__^)