Pengalaman pertama kali ditemuduga
Lokasi: Bilik Hikmah
Tarikh: 4 Mei 2011 (Rabu)
No.Giliran: nombor dua
Jawatan dipohon: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ************
Panel 1: okey berdasarkan bidang kamu dlm transkrip ni, kamu dah pernah buat tak,rencana pasal negara kita?
Saya: belum pernah, semasa praktikal, saya hanya pernah buat rencana berita dalam negeri sahaja.
Panel 1: Apa yg kamu faham berkaitan konsep 1 Malaysia?
Saya: *fuhhh..nasib baik aku dh buat research pasal 1 Malaysia semalam* apa yg saya faham berkenaan dgn konsep 1 Malaysia ialah blablablablablabla....(waktu tu terbayang muka PM jekk hehe)
Panel 1: dalam resume ni, ada tiga bahasa kamu boleh communicate, tapi ada tahapnya yaa..so, boleh speaking english tak ni, penulisan pulak?
Saya: *kan suda saya bagitau dlm resume tu grrrr hehe* jujurnya, speking in english saya tidak lancar, kalau dr segi penulisan, tak cukup hebatlah tuan *sambil ketawa sopan*
Panel 1: okey takpa, sekurang² kamu jawab jujur *sambil melemparkan senyuman*
Saya: *fuhhh nasib baik tak yah speaking bi or arab*
Panel 2: masa di kampus, pernah tak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan?pencapaian sukan?
Saya: *erkk..menyesal aku ambik kokum indoor* saya pernah buat final project yg melibatkan interaksi dengan penduduk kampung..blablablablabla..
pencapaian sukan, jujurnya semasa peringkat U, saya bukan seorang yg aktif bersukan, tetapi semasa sekolah menengah, ada jugalah melibatkan diri dengan sukan olahraga *phewwww..wakil rumah sukan, okeylah tu hihi*
Panel 2: Bagaimana cara kamu untuk mengatasi masalah pelajar yg berprestasi kurang cemerlang, dan agak lambat untuk menerima apa yg diajar di dlm kelas?
Saya: *wohooo..soalan mencabar minda* Sebagai seorang guru, peranannya bukanlah terbatas utk mengajar sahaja, kena faham apa erti tugas pendidik blablablabla..
Panel 2: Sekiranya pihak kami menerima permohonan kamu utk jawatan ni, kemudian tiba-tiba kamu mendapat tawaran pekerjaan yg lebih baik dan gaji agak lumayan,contohnya kamu mendapat tawaran pegawai penerangan gred S41, kamu pilih yg mana?sebab dlm masa satu bulan kami akan membuat proses pemilihan.
Saya: *perghhh..otak jammed nk jawab, tolong²!!* erm, maaf puan, dlm SPA, saya tak pohon jawatan gred yg 41, semua jawatan yg saya pohon gred 27
Panel 2: Owhh yaka?*sambil senyum²* kenapa ya?
Saya: sebab saya nak kerja bermula dari basic, kalau boleh, tak nak terus² jawatan yg peringkat lebih tinggi, saya pun belum pernah ada pengalaman bekerja..blablabla *dlm hati, Tuhan saja yg tau betapa gugupnya!!haha*
Panel 2: okey, ni kira janji tau, kami bertiga saksi *sambil pandang kepada panel yg lain dan senyum², entahlah senyum sinis ke senyum suka, saya pun tak tau huhu*
Panel 3: Okey, sebelum kamu datang untuk temuduga ni, apa persediaan yg kamu telah buat?
Saya: persediaan yg saya telah buat blablablablabla *korang boleh rujuk kat entri pengetahuan am yg saya telah post malam sebelum pegi interview hehe*
Panel 3: Siapa pengarah Jheins?Siapa ketua unit pendidikan dlm Jheins?
Saya: Pengarah Jheins, ada berada depan saya *sambil sebut nama and tunjuk guna ibujari secara sopan santun hehe* urm, ketua unit pendidikan...saya tak ingatlah puan, banyak sangat *alasan semata-mata tapi memang aku tak ingat hehe*
Panel 3: Eh, cakap dah buat persediaan, okey takpa *sambil senyum memandang aku* Cuba terangkan apa yang kamu faham dengan falsafah pendidikan negara kita?
Saya: *hahhhh sudahhh..aku check-mate kat situ HAHA*
Panel 1: untuk jawatan guru agama SUI, kami tak dapat nk bagi kat kamu sebab degree kamu bukan bidang agama, bidang agama kamu hanya setakat peringkat STPM, jadi kalau kami terima kamu sekalipun, susah nak match dengan kursus yg akan dihadiri. Tapi, untuk kamu ada peluang utk jadi guru yg mengajar subjek lain di SMA, sebab kelayakan kamu degree, tapi awk dihantar ke Kunak, awk terima?
Saya: *saya senyum manis depan mereka* [Kunak?sila google kat Map]
Sebenarnya banyak lagi soalan yg dorang tanya, tapi saya skip jekk kat sini, takkan nk cerita semua, boring korang baca nanti hehe hampir 40 minit sesi interview tu, bila keluar jerr, yg lain tanya kenapa lama sangat? sambil dok memujuk² soalan apa yg ditanya..sebab calon first tadi tak sampai 20 minit huhu..biasalah panel akan terus tanya dan tanya sampai kita tak dpt nk jwb, soalan mostly psycho HAHA so kepada yg nak pegi interview nanti, tips interview 2011, prepare mental, emosi (sikit lg aku nk nangis sebab semangat explain part how to handle pelajar bermasalah) dan pengetahuan am, dan yg paling penting jawab dengan jujur, sopan & penuh yakin okey? :)
*KATA HATI: doa+usaha+ikhtiar+tawakal. psstt doakan yeaa :D siapa pernah post entri pasal 1st time interview, share link kat kotak komen okey? :)