KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Wednesday, October 19, 2011

ENCANTADIA DRAMA FANTASI BERSIRI TAGALOG

Salam my readers :)
Dah habis ke drama tagalog kesukaan saya? Encantadia? Usul macam habis je tadi. Disebabkan minat habis dengan cerita tu, walaupun Astro tukar jadual siaran, gagah ku tunggu hehe. Biasalah, saya suka layan cerita fantasi ala-ala mengarut sikit. Dari awal episod sampai dah beranak pinak bidadari tu saya tengok. Dari zaman Encantadia sampai Etheria muncul semula sampailah Etheria musnah semula. Saya suka tengok jalan cerita drama tagalog tu, rasanya drama tempatan belum ada yang dapat tandingi kot. Sebab dari segi kostum diorang pun dah banyak kos nak guna, prop-prop segala..perghhhh. Dari sudut agama dan kepercayaan, tak nak sentuh sebab drama tu totally fantasi semata-mata. Dari apa yang saya tonton, banyak benda sebenarnya saya bandingkan dari jalan cerita tu dengan aspek sebenar. Tapi tak nak sebut, bak kata Jue, biarlah komen tu saya simpan dalam hati hehe. Okey, untuk gambaran sikit, saya ringkaskan episod Encantadia yang panjang lebar berbulan-bulan tu :
sumber: Google Image
Encantadia merupakan sebuah kerajaan bidadari yang diketuai oleh seorang Ratu. Ratu pertama adalah Ratu Cassiopea, yang kedua Ratu Minea. Sebelum wujudnya kerajaan Encantadia, kerajaan Etheria sudah pun wujud dan terbahagi kepada 4 kerajaan kecil. Sorry, lupa nama kerajaan. Ratu Etheria ni jahat sikit. Suaminya baik dan melarikan diri dengan bidadari yang dicintainya. Lahirnya Cassiopea hasil pernikahan suami Ratu Etheria dengan biadadari. 
Pendek cerita, Cassiopea lah orang yang bertanggungjawab memulakan kerajaan Encantadia dan memecahkan batu permata yang punya kuasa luar biasa menjadi empat biji. Keempat biji permata tu dijaga oleh anak-anak Ratu Minea iaitu Amihan menjaga permata angin, Alena menjaga permata air, Pirena menjaga permata api dan Danaya menjaga permata tanah. Di dalam kerajaan Encatadia, terbahagi lagi empat kerajaan kecil iaitu Lireo, Sapiro, Adamaya dan Hatoria. Kerajaan Hatoria diketuai oleh Hagorn iaitu musuh ketat bidadari. Kenal hero Marimar? Dalam drama ni pun dia jadi hero sebagai Ybrahim atau Ybarro.
Ketika Alena hilang, Ybrahim telah ditakdirkan untuk berkahwin dengan Amihan dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Lira. Namun setelah Alena muncul kembali, Ybrahim yang sebelumnya dikenali sebagai Ybarro sebenarnya lelaki yang Alena cintai, dan mereka berkahwin dan mendapat dua orang anak iaitu Kahlil dan Armea. Amihan tak boleh bersuami lagi sebab dah jadi Ratu Lireo. http://suterakasihyann.blogspot.com
Pirena pun ada anak jugak si Mira namanya tapi entah siapa lakinya, episod tu mungkin saya terlepas hehe. Danaya pula bercinta dengan penjaga bidadari iaitu si Aquil. Pirena tu sebenarnya anak kepada Ratu Minea dan Hagorn. Ratu Minea tertipu sebab Hagorn menyamar menjadi Putera Raquim, putera yang dicintai oleh Ratu Minea. Amihan tu anak Ratu Minea dengan Putera Raquim, putera kepada Raja Sapiro.
Akhir sekali, Casaandra, anak kepada Lira dan Anthony (manusia di dunia) menjadi Ratu terakhir di Lireo. Armea menggantikan ayahnya menjadi Ratu Sapiro. Kalau nak diikutkan, sangat panjang cerita Encantadia ni, awak tengok sendirilah di youtube. Di channel Prima mungkin dah habis.
Amboiiiii..kalau storyline drama hafal je kan. Cuba storyline study, entah ingatka tidak lagi hehe. Itu sekadar suka-suka berhibur. Berfantasi saja. Otak manusia lebih senang nak mengingat perkara yang disukai. Apa yang saya suka dalam Encantadia ni ialah tentang KASIH SAYANG. Okeylah, berhenti di sini. Sekadar berkongsi minat, manatau ada yang punya minat yang sama hehe. Sorry tak tempek gambar-gambar real bidadari tu sebab terlalu menjolok mata hehe.

Anda sedang membaca artikel ENCANTADIA DRAMA FANTASI BERSIRI TAGALOG dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/10/encantadia-drama-fantasi-bersiri.html
Semoga artikel ENCANTADIA DRAMA FANTASI BERSIRI TAGALOG ini dapat memberi manfaat untuk semua.

3 COMMENTS:

Bro ahmad said...

layan citer fantasi pulak dah huhuu..2 hari tinggal blog berapa entri da suterakasih fuhhhh = ='

Anum said...

hehehehe
kalau drama laju je ek

AmirFX said...

Waaa.. Hafal menar ktk ngan cita ya.. Kelak mok check2 juak cita ya.. MAcam best jak...

READ ME, PLEASE?