
Berulang-ulang kali disebut di dalam Surah Ar-Rahman - سورة الرحمن
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maksudnya : Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Maka eloklah kita membiasakan diri dengan lafaz :
الْحَمْدُ لِلَّهِ
Alhamdulillah.
sumber sepenuhnya: Fanpage FB Ustaz Zamri
Salam my readers :)
Cukuplah 3 post #WW untuk minggu ni. Tergerak hati saya ingin berkongsi dari apa yang saya lihat dan baca di newsfeed FB tadi. Setiap kali bangun tidur dan membuka mata, apa yang pertama kali kamu buat? Okey, tak perlu jawab di sini, sila jawab dalam hati masing-masing termasuk diri saya sendiri. Cuba pandang kedua belah tangan kita. Apa perkara kebaikan yang telah kita lakukan untuk hari ini sahaja? Ada atau tidak? Atau sebaliknya? Tak perlu jawab sini, seperti biasa jawab dalam hati kita sendiri, okey? Kemudian, pandang kedua belah kaki kita pula, di mana kaki kita ni bergerak sepanjang hari ini? Ada menyentuh tikar sejadah tak hari ini? Atau seharian kaki tu 'berdiam diri' atas kerusi yang empuk menghadap kerja atau laptop atau televisyen dan sebagainya.
Cuba putar kembali dan ingat apa yang kita buat sepanjang hari ini. Tak nak sentuh hari yang telah berlalu, sebab tak elok mengenang masa lalu kecuali tujuan untuk muhasabah diri dan berhijrah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Ada tak kita sakiti hati orang lain hari ini? Sama ada secara langsung melalui lisan mahupun perbuatan, atau mungkin tanpa disedari melalui jari jemari kita di alam maya khususnya di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Blog. Awak rasa ada tak? Cuba ingat semula.
Syukur alhamdulillah kerana kita dikurniakan akal yang sihat, anggota tubuh badan yang cukup lengkap, dan dapat bernafas dengan baik. Tanpa izin-NYA, tidak mungkin saya dan awak mampu berinteraksi di sini. Kita yang dikurniakan anggota tubuh badan yang sempurna cukup bertuah kerana mampu menyuap nasi dengan tangan sendiri, menulis dengan tangan sendiri, berjalan sendiri pergi kuliah, mandi sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Pernah terfikir golongan yang kekurangan upaya dari segi penglihatan? Walaupun mereka tidak mampu melihat, tapi mereka tetap bersyukur dengan takdir mereka. Kita?
Jom sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada-NYA, bersyukur dengan segala-segalanya, selamat malam awak :)
20 COMMENTS:
selamat malam suterakasihyann..patut kita ni bersyukur sangat2
terasa .... sedih jap
kdg2 kita xbsyukur dgn apa yg diberi tp masih meminta-minta bnda yg tak perlu :)
ermmm...b'syukur dgn kurniaan Allah.
kt luar sana ade lg insan serba kekurangan...muhasabah diri skjp.
tula besyukur sgt dgn nikmat yang ada..
Sentiasa bsyukur ngan hrslah dgunakan sbaiknya =)
Ok dah ok kah. Bgs la camya hihi
terbaek la entri ni..
betul..kena selalu muhasabah diri yg selalu lupa ni
bersyukur dengan perkataan dan perbuatan,,..
bersyukur la dengan nikmat yang kita kecapi sekarang ni..alhamdulillah...
betul tu..nk kenang masa yg lampau, pastikan utk muhasabah diri..bukan utk melayan jiwa yg mmg dh kosong..
Pernah kmk tengok video pasal nemiak tok.. Nang terharu juak nangganya.. Syukur alhamdulillah kita msh dikurniakan dengan sifat yang cukup lengkap dibanding dengannya.. Cemne nak asa kita dalam keadaannya ka..
omg! kanak2 itu memberi hikmah buat kite!
kesiannya mbiak ya..
@pasha bersanda kitak ya gik masih rah unimas ka??
selalu ingatkan diri kmk tok supaya bersyukur..
syukur ada tgn dan kaki..alhamdulilah..
syukur.cute da jak miak ya.
tersentuh tengok gambar mereka. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang diberi.
taching nyer tengok gambar budak tu. tapi kiut sangat .
budak2 comel tue saling melengkapi...
huhuhu.. :( sedih mek bc.. mek suka pic ya... touching!
Post a Comment