KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Saturday, September 24, 2011

Hana Tajima & Sue Anna Joe: Hijab Fashion & Photography

Salam my readers yang sedang bersantai :)
Agak lewat saya update entri hari ni, sebab tadi meluangkan masa cuci mata di blog dua muslimah cantik. Patutlah nama mereka berdua sentiasa bermain di bibir-bibir para blogger tidak kira lelaki atau wanita. Selepas menyelami sedikit sebanyak catatan kehidupan mereka berdua, saya rasa kagum dan bersemangat. Saya suka tengok wanita cantik dan pandai berfesyen. Walaupun saya bukanlah pandai sangat berfesyen dari segi hijab atau pakaian mahupun berfotografi, tapi saya hormati mereka yang sukakan fesyen muslimah dan fotografi. Malah kagum dengan semangat dan minat mereka. Siapa kata wanita muslimah tidak mampu mencipta nama dalam apa jua bidang di peringkat antarabangsa?

sumber: http://countthethread.blogspot.com/

Persamaan Hana Tajima Simpson dan Sue Anna Joe
Apa yang saya dapat simpulkan dari pembacaan dan pemerhatian di blog-blog mereka, Hana Tajima dan Sue Anna Joe mempunyai sedikit persamaan. Kedua-duanya sama cantik dan sedap mata memandang. Saya bagi tiga persamaan Hana Tajima dan Sue Anna Joe:
Kenapa saya berpendapat sedemikian? Apakata, awak sendiri yang lihat dan nilai sebab lain orang lain pendapatnya, bukan?hehe.

sumber: http://www.stylecovered.com/

HANA TAJIMA SIMPSON

"My name is Hana Tajima-Simpson, I'm 23, with a Japanese father and English mother. I have a pretty mixed background, both my parents are artists, so I grew up in a really creative environment. I didn't study fashion for that long, and although I am a self-confessed geek I never really got along with formal education...(hanatajimasimpson.com)"

Hana Tajima terkenal dengan gaya fesyen hijab unik dan pakaiannya yang stylish di blognya, StyleCovered. Sekarang beliau sudah ada label jenama sendiri iaitu Maysaa. Hana Tajima mula berhijab pada hari beliau melafazkan syahadah. Saya pun baru tahu Hana Tajima ni mualaf. Hana sangat mengkagumi ajaran agama Islam. 

Katanya, "Being a Muslimah in a western country can be a bit daunting especially when it comes to the stares! I wanted to create something that would help Muslimah’s everywhere keep motivated." Pendek kata, Hana Tajima mempunyai latar belakang dan pengalaman hidup yang pelbagai, menyebabkannya sentiasa mempunyai idea kreatif dalam berfesyen.

Memetik temubual antara Hijab Scarf dengan Hana Tajima;
Hijab Scarf: Some says being stylish is about high expenses, meanwhile Islam teach
us to be modest. what do you think about this?

Hana Tajima: I am definitely stay away from overt displays of wealth. Clothes should be timeless and not something that will be thrown away after one season. I think that’s why I have such a connection to vintage clothing and what I always try to put into my own designs. It has personality and you can interpret it to become a part of your own style. I love how this goes against the logo laden image of fast fashion and makes it less about buying style.

sumber: http://www.shedoesthings.com/
SUE ANNA JOE

Sue Anna Joe terkenal dengan blognya bertemakan Budu dan Belacan, busuk tapi sedap. Seorang ibu yang sukakan fotografi, art, fesyen dan blogging. Sue Anna pernah masuk dalam beberapa majalah, media dan pendek kata beliau antara blogger yang terkenal dalam fesyen dan fotografi. Saya suka tengok koleksi gambar dan seninya. Memang menarik perhatian saya yang agak buta fesyen dan dunia fotografi hehe. Apa yang menarik, Sue Anna Joe telah mengajak para wanita muslimah untuk berkempen "WIR CAMPAIGN: Covering the chest is the best!". WIR stands for Wear It Right.

Lets support WIR Campaign: Covering the chest is the best!


Katanya dalam blog peribadinya, Budu dan Belacan, "Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically..Dada tu sebenarnya lebih menggiurkan dari rambut.."

Perghhhh..betul tu, bahagian dada lebih menarik perhatian pemerhati sebenarnya. Kadangkala, saya sendiri pun bertudung tidaklah sesempurna mana pun tapi sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. So, kepada pembaca dan rakan blogger wanita muslimah, marilah sama-sama kita menutup apa yang patut. Masing-masing dah besar dan punya akal fikiran, peringatan ini untuk kebaikan bersama malah untuk menjaga kehormatan dan keselamatan diri. Saya sendiri pun pernah khilaf dan bodoh dalam menjaga aurat, berusaha untuk memperbaiki diri. Doakan saya dan saudara muslimah yang lain ya? :')

Eksklusif untuk para pembaca dan blogger wanita yang sukakan hijab dan fesyen, laman web Hijab Scarf bisa menangiskan kamu hehe. AWESOME!

Yang menaip entri ini selama 3 jam, bukan Abg Stalker,
Photobucket

Anda sedang membaca artikel Hana Tajima & Sue Anna Joe: Hijab Fashion & Photography dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/09/hana-tajima-sue-anna-joe-hijab-fashion.html
Semoga artikel Hana Tajima & Sue Anna Joe: Hijab Fashion & Photography ini dapat memberi manfaat untuk semua.

30 COMMENTS:

Uchi kay-f @hmad said...

sue anna joe? wah akn di gugel!

Bro ahmad said...

macam fesion tudung sekarang kan..bro lelaki tak reti tudung2 ni hmm

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

da tentu la bkn abg yg taipp..lg2 tntg hijab. :)cantik r dak hanna ni.nm ank nti nk ltk hanna la.

Uchi kay-f @hmad said...

yan,lagu dlm blog tu lagu korean "song for u" type ke kat utube..

banner tu sya suke! maaf bertnye knp awk ssh2 buat banner utk uchi ekk? *garu dagu sambil senyum*
ceciter..

ABU said...

wah entry yang menarik..hana tajima dan sue anna joe ternyata mempunyai persamaan.. dulu selalu baca budu dan belacan tapi dah hilang masa tukar domain ari tu...

baca jugak kat sini..
SENSASI GAYA TUDUNG HANA TAJIMA
http://www.ashgive.com/2011/09/sensai-gaya-tudung-hana-tajima.html

♥ MRS ZACKS ♥ said...

suke hana tajima sgt3 :)))

[sutera kasih] said...

@♥ MRS ZACKS ♥:
me too hehe <3

Uchi kay-f @hmad said...

@yan:oic,lega sikit bce respond awk tue...tapi takkan free sak,uikna..nnti bagitawlh pki line ape hp..nnti sya kasi topup iya...

peace,yo !!!<--- *dah kena jangkit dgn si jue*

[sutera kasih] said...

@ABU:
yup, ada persamaan sikit..suka fesyen diorang :)

yeaahh suda ku baca entri mu tu bang bu !! ^_^

[sutera kasih] said...

@Uchi kay-f @hmad:
@Uchi:
ohhh...nnti carila kt utube hehe

erkk, uchi jgn pelik2 pulak aduiii..no hal la just tlg buatkan banner, tak susah mana pun..banner abg stalker dlm entri tu pun sy yg buat, sbb benda tu x susah..hehe

sy mmg suka buat benda2 mcm banner or make up blog..so xda hal punya kalo nk tlg member ^__^

lagipun sy mmg byk masa di rmh, maklumla penganggur, so no hal :)

berapa kali sebut no hal kan..haha

[sutera kasih] said...

@Iz.Eusof (Abg Stalker):
kan nak promosi blog abg stalker seminggu hehe

dia memang cantik..mix bah tu. jgn lupa letak nama anak abg stalker nanti Hana Syaza..perghhh sedap !! :P

[sutera kasih] said...

@Bro ahmad:
mmg byk fesyen..terpulang kpd si pemakai nak nilai fesyen mana yg bertepatan dgn syariat :)

[sutera kasih] said...

@Uchi kay-f @hmad:
silakan google hehe

Uchi kay-f @hmad said...

@yan:okeh klu mcm tue..gtg!

apik pehe said...

huhu..macam2 gaya

♡ a.y.u ♡ said...

adore both of them....

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

hana syaza?haha..nm gf abg starting H.dia mmg ske hanna..sbb ada maksud. :)NurHanna Syaza.best gk tu.akn dipertimbangkn. :P *kwin pun blm*

My Life's Journey said...

Terhibur bace entri ni .. sekarang ni ade mcm2 fesyen tudung yang menutup aurat ..cantik dan manis jer tengok si pemakai :)


Nice entri sutera :)

NA said...

Ada baca blog Sue Anna Joe ni.

Eh cari pos awak segmen Blogger Peramah Iqa tu takde lak. Hehe.

Salam perkenalan.

Jengah-jengah blog saya selalu sama nanti saya jengah gak :)

Perasan nama awak kat blog Mimito :)

-wina1979-

kjaharun said...

mcm kenal je dengan dorang ni.. hehehe...

Jue said...

Ku folo juak sue anna joe ya. Suka crnya amik pix aih. Stail2. Nya pun stylo juak. Nang stylish mummy and wife lah =)

sue perbs.. said...

mrk memg cantek.. hana tajima pnah dngr.. sue ana joe bru tbace kat sini

intan.maisarah said...

sedang menyempurnakan diri :)

eVa said...

cdak duak nang kck.. dah pande style.. adore cdak duak.. yobihh.. hijab scarf lok.. cdak tok brani berfesyen gya.. mekxbrani hehe.. coz mek xkonpiden..

Eera Shera said...

baru tau psl sue ana sbb tgk org dik letak banner kempen tu kt blog..hehe

kagum la ngan dorang..hot n gojes tp sopan

Paris Lipton said...

hana tajima super kiut..ohh bru tau jgk mualaf. hmpir sempurna...:)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

owh...
ade darah jepun...
patut la...

iMBobo said...

fashion apa2 pun tak kesah asalkan aurat dijaga :) ade juga yg bertudung comel2 hehe

ciK LyndaWawa said...

duhal..hana tajima mualaf.kmk buk tauk...


nway..jgn lupak cover nenen! hahahaha

Hanie_Dew said...

hana tajima comel sgt kan. sgt respek pada penampilan, bakat dan cara dia bawak diri. matang di usia muda adalah anugerah sebenarnya. dia boel cipta nama di negara barat sgt la mencabar tapi dia berjaya.

su an joe pun stylish mom yg sgt berbakat dlm dunia fotografi. sume pix yg dia ambik cun cun belaka

READ ME, PLEASE?