KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Friday, August 19, 2011

Tips Gembirakan Hati

Hallu my readers :)
Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang mulia di bulan Ramadhan Mubarak. Actually, entri-entri lepas bermula hari Isnin hingga hari Jumaat hari ini adalah autopublish heee. Saya sengaja siapkan entri yang banyak ni untuk pembaca blog ni, sementara kekosongan masa yang ada tu untuk saya tenangkan diri dan muhasabah diri. Tapi saya jenguk-jenguk jugak korang secara diam-diam, ala-ala spy la pulak hehe. Saya nak kongsi tips untuk menggembirakan hati dari perkongsian teman baik saya, Izza Izalis. Thanks my dear, you memang kaunselorku yang terhebat :')

Ada sesiapa yang bersedih jugak ke? Dahh..tak payahlah nak sedih-sedih, hidup kita ni terlalu singkat untuk kita bersedih. Bersyukur jugak 'dia' bagi saya buku La Tahzan tu, macam tau-tau pulak yaaa akan berakhir begini..LOL. Okeylah, jom baca tips di bawah untuk gembirakan hati, saya copy bulat-bulat dari notes FB Izza tau hehe.

Tips gembirakan hati:

1- Buang semua perasaan benci. perasaan benci itulah yang akan merosakkan segala niat dan keihklasan kita. benci itu ibarat 'api dalam sekam' yg akan membangkitkan dendam.bukankah dendam itu tak bagus.. so, belajar la untuk menyayangi..bukan membenci. aku sendiri dalam proses membersihkan hati, membuang segala perasaan benci..hmmm..

2- Jangan terlalu bimbang. hmmm, prasaan bimbang ni lah yang akan buatkan kita sentiasa rasa gelabah, rasa bersalah dan cemas. buang suma perasaan yang tidak ok ini.dun wori., be happy.. :D

3- Hidup secara sederhana. ini adalah perkara yang di tuntut dalam agama. biarlah kita x mewah, x kaya, x sempurna, x popular, tp sekurang2nya kita mempunyai ketenangan di hati. jadi pilihlah utk hidup bersederhana kerana ada ramai lg orang d luar sana yang hidupnya MAYBE kaya raya tp hati x menentu dan menderita.

4- Jangan terlalu mengharap, ini kerana kadang2 pengharapan itu akan membuatkan kita lebih kecewa, belajarlah menerima kenyataan walaupun ianya kecil, tp bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan yg terbaik yang tak mungkin akan jd milik kamu..

5- Banyakkan memberi dari menerima. ini adalah terapi untuk membersihkan diri dan minda. kepuasan org yang memberi adalah lebih dr yg menerima. contohnya bersedekah.. ngam2 lagi bulan ramadhan ni, jom kita sama2 banyakkan amalan bersedekah ! :)

6- Sentiasa senyum. senyum membuatkan kita lebih cantik dan segak. orang yang mudah memberi senyuman bermaksud dia mempunyai jiwa damai, niat baik dan jujur. senyum juga sebahagian dari amalan bersedekah.

7- perlu ada kawan spt aku..ups, sempat buat lawak..haha.. well, setiap org perlu mempunyai teman untuk bersosial. sosial dari aspek positif ok..! contoh macam saling menasihati, saling berteman, saling berkongsi segala suka dan duka. kawan bukan lawan..pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan bila kita b'duka, memapah tangan kita bila kita terjatuh, bercakap benar walaupun hati kita akan pahit menerimanya.
sumber: hadiah dari Bunbun (^__^)

*KATA HATI: Izza, thanks for the tips..sedikit banyak membantu aku untuk kembali SENYUM :)

Anda sedang membaca artikel Tips Gembirakan Hati dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/08/tips-gembirakan-hati.html
Semoga artikel Tips Gembirakan Hati ini dapat memberi manfaat untuk semua.

38 COMMENTS:

Anisa Hang Tuah said...

terima kasih utk perkongsian

:)

Anum said...

GOOD TIPS

bunbun said...

uhuukk si dia yang bagi buku tu ke :')




yay ade tag nama bunbun kat situ muahahaha. *tetibatetiba*

abghani said...

hari ini hari jumaaat...pantasnya masa berlalu

merahitujambu said...

terima kasih tips..tapi kita manusai biasa..kadang-kadang tu susah nk menrima sesuatu keadaan..jadi nk pikir positif pon susah

NM02 said...

saya hari2 gumbira




^_"

Hanie_Dew said...

kalau susah hati senyuuum je. mesti jadi tenang sikit.

kepuasan memberi memang sangat bahagia berbanding menerima. sebab kite segan kalau orang bagi pape.

tapi kalau kite bagi kat orang. hhmmm...best nya kalau orang tu suka atas pemberian kite.

mama@eCha said...

tips menyedihkan hati..

1.dengar lah lagu raya yg sedeh sekerap yg mungkin.
2.ingat insan insan tersayang d waktu dekat2 nak raya tok..
3.bila kek or biskut x jdi or angus,bersedih lah.Raya dh nak dekat ya..jaga!
4.bila baju raya x cukup syarat..mcm kmk,bj x siap sedeh nya!!!!terpaksa beli yg dh siap jk tok...

Amni said...

sebelum tidur, maafkan semua orang dan diri sendiri... dan doa kebaikan berpanjangan untuk esok hari dan hari mendatang... jangan lupa mintak ampun dosa diri, dan ibu bapa.. yeahh...

Khairul Antasha said...

kmk kdang2 terlalu berharap..huhuhu

My Name is Mar said...

Wakakaka!
Ada orang perasan di LAST point!

dhiera said...

senyum lah, senyum lah.. ahai, cek mek molek~
he

Myra Jay said...

Yahhh, sama2 lah kita bergumbira di hari Jumaat nie sebab esok cuti :-)

Muhamad Arif Bin Zaripin said...

tips menarik......

merahitujambu said...

NICE LA..
DEAR..SY BUKAN AKITEK..SY KULI AKITEK

alif haris said...

sy suka senyum hehe :)

AmirFX said...

Salu kmk mun nak gembirakan hati mbak men game futbol.. Layan ehhss..

[sutera kasih] said...

@AmirFX:
game futbol?aduhhh hehe

[sutera kasih] said...

@alif haris:
bagusla tu suka senyum hehe

[sutera kasih] said...

@merahitujambu:
thanks dear...ohh, lebih kurg arkitek la tu hehe

[sutera kasih] said...

@Muhamad Arif Bin Zaripin:
thanks :)

[sutera kasih] said...

@Myra Jay:
hehe..org suka ari jumaat snn cuti esokk :P

[sutera kasih] said...

@dhiera:
senyumlah ni heeee :P

[sutera kasih] said...

@My Name is Mar:
hahaha...no komen, harus perasan jgk kdgkala :P

[sutera kasih] said...

@Khairul Antasha:
biasala kita manusia biasa huhu

[sutera kasih] said...

@Amni:
bena kata dirik ya deng, thanks :)

[sutera kasih] said...

@mama@eCha:
syiohh..urg nk happy, nya nk sedih hehehe..kmk pun baju sik siap gik..mls dh kmk nk lalek :(

[sutera kasih] said...

@Hanie_Dew:
yup betul tu dear..senyum tu penyembuh luka heee :)

sgt bahagia kalau org suka pemberian kita :')

[sutera kasih] said...

@NM02:
hehe alhamdulillah la tu :)

[sutera kasih] said...

@merahitujambu:
sama-sama dear :)
aahh betul tu dear..bkn mudah nk sentiasa fikir positif huhu

[sutera kasih] said...

@abghani:
mmg pantas masa berlalu skrg..

[sutera kasih] said...

@bunbun:
no komen :P

suke la tu kan bunbun hehe

[sutera kasih] said...

@Anum:
thanks :)

[sutera kasih] said...

@Anisa Hang Tuah:
sama-sama dear, hope boleh buat nis happy gak :)

.izzati liyana. said...

tapi kan..sangat susah kot nak buang perasaan benci tu. dan kalau orang macam saya yang selalu berfikir ni, sifat jangan terlalu bimbang tu sangat susah untuk dihakis.

iPai said...

nasib baik ada kawan macam syaza =P .. kalau tak mesti saya sedih je .. ahhaah ..


apa2 pun, banyak2 doa, moga dihilangkan patah hati .. dari Dia datangnya perasaan itu, dan ke arah itu kita pulangkan perasaan itu

amy1906 said...

wah,thanz yan....hehe....

amy1906 said...

thanz...dat's a gud advice,hehe....

READ ME, PLEASE?