KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Friday, August 05, 2011

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, betul tak?

double click untuk dicilok dan disimpan sebagai kenangan hehe

Selamat petang my readers :)
Kepada yang berpuasa tu, masih bertahan tak puasa kamu tu? Ke dah layu? hehe. Sorry pasal entri semalam, mungkin ada yang salah faham dengan ayat pasal blogger bertuah tu. Kalau yang tiada dalam senarai tu, bukan bermaksud korang tak bertuah huhu. Tujuan utama saya senaraikan blog tu sebab tanda menghargai dan berterima kasih kepada mereka sebelum ni, komen-komen wish good luck di entri contest yang saya join di blog jiran saya hehe. Mungkin ada blogger yang tiada tu sebab mungkin masa tu kita tak kenal lagi, betul tak Ipai, H.J, Sifu IM, Mar dan Gadis Merah itu Jambu?hehe. Semua my rakan blogger pun bertuah, bak kata pepatah yang nenek kita ajar dulu, Tuah ayam nampak di kaki, tuah blogger tiada siapa yang tahu hihi.

Petang-petang santai, jom kita sama-sama duduk sambil berfikir. Cuba baca dan fahami maksud kata mutiara dalam gambar di atas. Maybe sebelum ni awak dah pernah dengar kan? Mendalam sungguh kata mutiara tu kan? Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, semuanya ada sebab musabab dan hikmah tertentu yang pastinya membawa kebaikan untuk diri kita. Allah Taala tidak pernah menyusahkan hambanya, malah manusia itu sendiri yang menyusahkan dirinya sendiri. Awak rasa tak tenang walaupun dah cukup kaya? Cuba renung kembali siapa yang bagi awak kekayaan? Apa yang awak buat setelah hidup senang lenang dengan kekayaan itu?

Awak rasa hidup ini tidak adil? Kita ambil dari konteks yang sangat dekat dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang blogger: Bestnya dia pendapatan Nuffnang banyak sungguh. Bestnya dia ada ramai pengunjung. Sebagai seorang kawan: Kenapa dia mampu ada PSP padahal tak kerja pun? Seronoknya dia jalan-jalan makan angin, sedaplah keluarga senang. Hahhhh, jangan tipu kalau awak cakap tak pernah bercakap macam tu walau dalam hati. Saya akui saya pernah. Tapi pernah tak berfikir kenapa diri tak mampu? Pernah tak merenung sebab musabab dan kesannya? Jangan sesekali marah dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Apa yang telah tersurat, semuanya ada hikmah disebaliknya.

Kesimpulan dan apa yang saya dengar tazkirah di TV tadi, kita hidup untuk menyelesaikan masalah, life is to solve the problem. Minta tolong dgn Allah, itu perlunya ada sifat taqwa. Dalam kita berhadapan dgn pelbagai masalah yang kusut2 tu, kita perlu bertaqwa, Insya'Allah akan diberi kemudahan olehNYA menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setiap masalah yang kita hadapi sebenarnya untuk kebaikan diri kita pada masa akan datang, disamping menguji jiwa kita dan memberi kesedaran dalam diri setiap insan.

*KATA HATI: Kalau tak kerja lagi tu, hikmahnya supaya sentiasa bersabar dan diberi peluang untuk luangkan masa lebih bersama keluarga tersayang (^___^)

Anda sedang membaca artikel Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, betul tak? dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/08/setiap-apa-yang-berlaku-pasti-ada.html
Semoga artikel Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, betul tak? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

41 COMMENTS:

merahitujambu said...

tak terasa pon..kecil hati je..heee...eh..link sy ada la..nama sy..teettt....

athirah akmal aznan


sedap x??heee...malunyaa...


x best laa beli semua pakai duit family.bila kita kerja kita th bagaimana penatnya cari duit..

aimie amalina said...

wuwuwuw
betol kak!
suke mutiara kata tu..
x de sebab kenapa Tuhan itu nak bebankan kite dgn bende yg kite x mampu..
mesti ada hikmhnye kan =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nice entri kawan...

Acik said...

setiap masalah pasti akan mematangkan kita ... :)

Nurnajwa said...

Btol tu, kte selalu je jeles dgn mmber2 yg lebih2 tp tak sedar byk yg kte dh dpt.

*syukur ada sis share bnde ni :)*

ILA HonEyBuNNy said...

pelangi yang hadir itulah indah sebba menyinari idop kita dengan pelbagai warna..ehheh

betul tu syaza..dalam hati ila jugak terfikir gitu...tapi kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang kan...sbb life kita semua berbeza...

bukan kita xmpu cuma cepat or lambat nak macam org2 lain..ehheh

ila suka entry eh syaza...buat kita semua terfikir dan terus berfikir...

yatie Awang said...

betul tu syaz sesuatu yang berlaku tentu ada sebabkan?

adil atau tidak kita sendiri adili, jangan salahkan orang lain

Khairul Antasha said...

kdang2 kita sik perasan pun hikmah ya Allah dtgkan pd kita...

kita selalu harapkan hikmah yg besar2...

sifu im said...

betul tu ustazah..tanpa taqwa dlm diri,musnahlah hidup diri sendiri..

abghani said...

perut rasa lapar lak?

Abang Stalker said...

xpe..pengalaman mematangkn seseorg,ble ada mslh lg la matang. :D

H.J said...

nasib baik tak jadi sedih..haha

Ini Kisah Tia said...

betul tu .. kadang tu , apa yang kita rasa dah baik sebenarnya bukanlah baik .. sebab tu Allah tak izinkan ..

adan said...

jangan di sangka orang yang berharta,punya kereta besar,makan lazat2 tu tenang hatinya.. *teringat pulak ceramah DR MAZA..

mesti ada hikmah setiap apa yang terjadi.. semua dah di atur rapi..

[sutera kasih] said...

@merahitujambu:
alululu, jgnla kecil hati..sorry ekk dear :')

jd pggil awk athirah laa ek?hehe

cantik nama awak :)

betul2..kalau beli guna duit sndiri rasanya mcm puas..tp kalo dh mak ayah bagi, terima sajala hihi..

[sutera kasih] said...

@aimie amalina:
yup, betul tu dek :)
kalau suka, ambiklah hehe

[sutera kasih] said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫:
thanks fren :)

[sutera kasih] said...

@Acik:
Insya'Allah..pasti Acik hehe
sebab tu kalau boleh, jgn mengeluh if ada masalah huhu

[sutera kasih] said...

@Nurnajwa:
aahh dek..akak cakap ni pun sbb nak ingatkan diri jugak..hehe

setiap kekurangan kita, kelebihan orang lain..kekurangan org lain mgkin kelebihan kita :)

[sutera kasih] said...

@ILA HonEyBuNNy:
betul ila !! yeahhh :)

aahh ila..setiap kita berbeza takdir, belajar dari apa yg terjadi dlm hidup masing-masing..

aahhh..cepat atau lambat saja tu..thanks ila..sama2 kita berfikir hehe

[sutera kasih] said...

@yatie Awang:
aahhh kak..pasti, Insya'Allah :)

yup..setiap apa yg dberi sebenarnya sudah adil..

[sutera kasih] said...

@Khairul Antasha:
aahhh deng, kdg2 kita pun sik perasan sbnrnya dlm hidup Allah dah bagi macam2..

[sutera kasih] said...

@sifu im:
ehh sifu ni..sy bukan ustazah lah..huhu

J.Syazwana said...

suka sangat entry ni.
buat saya terus berfikir :')

Maii Yusre said...

kadang2 jeles jugak..orang lain senang je dpt apa yang diorang nak..

ustazah maii ada ckp selalunya kita tak akan hargai apa yang ada kat dpn mata, kita dok sebuk pikir orang lain ada apa.. nanti bila di depan mata hilang baru nak kenang2..hehe.. :D

[sutera kasih] said...

@abghani:
ehh kenapa?

[sutera kasih] said...

@Abang Stalker:
aahhh betul tu abg stalker..setiap masalah tu mematangkan kita sebab kita belajar untuk menyelesaikannya dan buat keputusan :)

[sutera kasih] said...

@H.J:
amboiiii hehe
dahh xpyh nak nanges2 lagi haha

[sutera kasih] said...

@Ini Kisah Tia:
yup..kdg2 kita tak tau sebab kita berprasangka baik dulu..cuba kita bila dapt musibah or kekurangan, cuba fikir secara positif..

[sutera kasih] said...

@adan:
yup, betul tu adan..kdg2 ada sesetengah dr golongan camtu, masih mencari2 kebahagiaan & ketenangan kalau lupakan DIA or tak kongsi rezeki Tuhan..

semuanya dh ditulis awal di Luh Mahfuz..

[sutera kasih] said...

@J.Syazwana:
saya pun berfikir jgk dear :')
sama2 kita muhasabah diri..

[sutera kasih] said...

@Maii Yusre:
me too dek..tu la kena cepat2 istigfar..jgn dengki hehe

haaa betul la tu..kdg2 kita xnmpak padahal dh ada depan mata apa yg kita perlu, bukan cari benda yag tak perlukan hehe

Farihah Ahmad said...

ermm tu la, tak semua org suka tgk bila kwn dia senang.


xpe, jgn biar keadaan mcm ni buat hidup kita terluak :)

[sutera kasih] said...

@Farihah Ahmad:
sebab setan dok pengaruh supaya dengki dgn kesenangan org huhu..dr kita saja cmna nk kawal :)

aahhh betul tu dear..

iPai said...

syaza ni suka tau wat saya nanges .. macam kembar, tau2 je apa yg saya rasa ..


hee, kebetulan je tuh .. tp ayat last tuh terasa sgt, sebab tgh menganggur .. =P


sangat gigih syaza, nak tag kami semua sebab nama kami takde dalam entri yg lepas tuh .. trima kasih banyak2 .. rasa best kawan dgn syaza ni, sebab pandai menghargai kawan .. kalau saya tak pandai menghargai, minta maaf ye ..


hem, saya pon ada nak kongsi entri genre macam ni td, tp tgk balasan komen yg tak terbalas, maka minggu depan laa letak post tuh ..


ada 2 cerita .. satu cerita biasa, n satu cerita diri sendiri ..

yg cerita diri sendiri tuh, tak brani dedahkan, takut ada kemungkinan org baca macam menunjuk2 plak ...

[sutera kasih] said...

@iPai:
aisemennnn kembar sgt kan..sy kakak kembar awk haha

awk pun menganggur ke?
mudaaaa mudaaa dh menganggur???

ehh xpala..bkn susah pun :)
ipai tu lg pndai menghargai kwn, smpai xsempat update entri sbb nk bls smua kunjungan hihi

minggu depan?okey, nnti sy baca..sy pun ada ceta hangat di pasaran, tp tggu mggu depan..hehe

dedahkan lah tapi guna bukan nama sebenar, kan gampang gitu???hikss

.izzati liyana. said...

iskk2. tersedar terus. mengaku pernah jugak. hesh. manusia jgn lupa bersyukur dan redha. semua itu ada hikmahnya.

suka entry ni. menyedarkan manusia yang lupa, alpa dan lalai dengan kurniaan Allah. :)

iPai said...

hhahah ... dah pk masak2 .. akan pilih yg cerita biasa .. harap2 nanti ada orang layan ..


ala, tak nak pggl akak laa .. nanti cik syaza tak muda lg ... kasi muda2 sikit . hehe


a ah .. menganggur .. (erm sebenarnya dapat dah keje tuh, tp tak stat lg)

iPai said...

wah napa letak post ni kat bawah ? link kembar saya takleh detect kenapa

Yumida said...

semlm..blk dr bzr ramadan..jumpa pelangi..huhuhu...ada 2 pelangi.. mmm..indahnya ciptaan tuhan..

Anonymous said...

slm kak..nk mohon share ye :)

READ ME, PLEASE?