KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Sunday, August 21, 2011

Puasa Ramadhan mendidik diri kita untuk?

KLIK WALLPAPER UNTUK SIMPAN :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kita masih diberi nikmat hidup, masih dapat menghirup udara oksigen yang tidak perlu dibayar setiap bulan, jantung masih mampu mengepam darah yang tidak perlu dibayar kos pengepaman setiap minggu. Mata masih dapat melihat pelbagai kejadian di sekeliling diri kita tanpa perlu membayar kos setiap kerdipan mata untuk melihat. Mata masih mampu untuk melihat Facebook, Twitter, Blogger, Google, Yahoo dan Angry Bird. Mulut masih boleh bertutur dan melontar kata-kata yang kadangkala mengikut emosi tanpa perlu kusut untuk memikirkan cara mencari duit untuk membayar sewa mulut.

Syukur, diberi nikmat pendengaran, telinga masih berfungsi dengan baik untuk mendengar perkara-perkara kebaikan tanpa perlu membayar kos pemasangan telinga. Telinga masih mampu untuk mendengar lagu-lagu nasyid Maher Zain, Saujana feat Sixth Sense..errrkk. Jari jemari yang tak runcing ni masih mampu untuk menaip setiap baris kata untuk awak semua baca :).

Kadangkala kita mahukan kasih sayang yang lebih tanpa pernah berfikir bahawa ada ramai lagi di luar sana yang tidak berpeluang untuk merasai kasih sayang daripada mak bapak. Ada yang terlalu frust tertonggeng sebab putus cinta, kononnya tiada lagi yang sayang padanya, padahal ada ramai lagi yang menyayangi dirinya. Ada pula yang tidak menghargai kasih sayang keluarganya kerana mengikut kata nafsu yang kononya cinta mati kepada si buayafren. Sedarkah kamu, mengapa Allah beri kita air mata?

Syukur, ada yang berbuka juadah KFC, Pizza, McDonald, dan Sugarbun. Mungkinkah kamu gagal mengawal nafsu untuk makan yang sedap-sedap di bulan puasa? Sedangkan bulan puasa Ramadhan mendidik diri dan jiwa kita untuk merasai kesusahan insan yang selama ini susah untuk mendapatkan sesuap nasi. Sedangkan kita tak sampai satu hari, sudah mengidam pelbagai makanan enak.

Kesimpulannya, rebutlah nikmat berpuasa selagi berkesempatan. Sedih rasanya kerana tak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita? :')

*KATA HATI: Entri autopublish yang ditaip sebelum berbuka puasa, memang mudah nak bermadah pujangga ahakss..

Anda sedang membaca artikel Puasa Ramadhan mendidik diri kita untuk? dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/08/puasa-ramadhan-mendidik-diri-kita-untuk.html
Semoga artikel Puasa Ramadhan mendidik diri kita untuk? ini dapat memberi manfaat untuk semua.

19 COMMENTS:

aimie amalina said...

weee
akak!
camat berbuka
mie buka laksa =]

syAzAnA said...

Syukur Alhamdullilah.

http://www.syazberry.com/2011/08/macam-ni-keh-kredibiliti-seorang.html

farhana said...

Kan? Kadang2 kita lupa semua pemberian Allah ni kita kena syukuri, bkan gnakan sewenang2nya...

ABU said...

so kesimpulanya marila kita memnjatkan kesyukuran kehadirat ilahi..kan..betul kan...

.izzati liyana. said...

manusia kadang-kadang lupa nak bersyukur. tak sedar ada org lain yang lebih susah dari dia. bila diingatkn mcm ni baru tersedar. alhamdulillah. terima kasih kerana mengingati

bermadah pujangga memang mudah. nak melakukannya memerlukan hati yang ikhlas, tulus dan suci. hihi. geli pulak ayat skema.

My Name is Mar said...

Ho-ho-ho!
Perut yang lapar mampu menjana kata-kata yang berpujangga kepada MAKANAN..
Ngeh333...

Sometimes U asked for love but ALLAH gave u tears..
Cz ALLAH know that U have me, who will WIPE ur tears and bright up ur SMILE..

Wakakakak!!!
Ok.. Kepada yang MEMBACA, sila JELES!
Ho-ho-ho!

Yumida said...

tulun...tulunnnn....

SK, urgent tok. kmk da change background blog kmk..then tetiba menu bar x kuar. kmk try search kt menu. tp xda la. mek nk cari design/layout..cz nk tuka blt background asal...uwaa..susah ati tok..da idea x?

ILA HonEyBuNNy said...

tersedar dari lamunan ila baca entry syaza neh...thanks ingatkan...

syukur dengan nikmat yang Allah berikan...;-)

syaza....lupa nak gtau...xsempt sbnrnya nak gtau...kad raya dah sampai tadi...;-) thanks....;-)

[sutera kasih] said...

@ILA HonEyBuNNy:
dah mcm berlagu dh ila tu hehe

saling mengingati tu tandanya sayang sahabat :')

ohh dh sampai ekk?hehe okey2 ^^

[sutera kasih] said...

@Yumida:
kak oh kak..ney tuju ktk alu ilang huhu duak kali kmk komen tanya ktk d blog ktk kak..dh setel sik problem ya?

[sutera kasih] said...

@My Name is Mar:
tau xpa, kalau perut lapar, madah pujangga pun mula lah nk show off haha

ceaaahhhh...agaks jiwangs di situ ya Mar, tapi saya terharu :P

jeles jgn tak jelas hoho

[sutera kasih] said...

@.izzati liyana.:
hehe zaty, bkn awk je geli, kdg2 sy sendiri pun mcm tak pecaya tu ayat2 saya hehe

betul tu, mulut dan tgn mudah nk mengingati tapi kdg2 sukar nk laksanakan hoho

[sutera kasih] said...

@ABU:
iya, lebih krg begitulah tu bang bu hehe

[sutera kasih] said...

@farhana:
yup dear..kdg2 manusia alpa dgn nikmat yg diberi tanpa ingat Penciptanya..

[sutera kasih] said...

@syAzAnA:
syukur :)
thanks share entri tu..

[sutera kasih] said...

@aimie amalina:
amboi mie..mkn laksa tak ajak akak pun yerrr..hehe

anismelon said...

kalau kite rase kite serba kurang..org kat luar sna lg ramai yg kurang dari kite..bersyukur dgn ape yg kite ade..

.izzati liyana. said...

sama-sama lah kite memuhasabah diri.

[sutera kasih] said...

Terima Kasih kepada kawan2 yg drop comments..sama2la kita bersyukur dgn nikmat yg telah Allah bagi :)

READ ME, PLEASE?