KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Thursday, August 18, 2011

Kejadian dan sifat wanita berbeza dari segi..

Hahhh..tak sabar berbuka la tu kan..sabar-sabar semua. Daripada duduk termenung fikirkan makanan atau hal-hal yang tak mendatangkan faedah, apakata baca info di bawah :)

Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :
  • Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.

  • Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

  • Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

  • Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu

  • Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur

  • Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.

  • Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.

  • Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.

  • Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.
sumber: Note Facebook
sumber: hadiah dari Merah itu Jambu

*KATA HATI: Sayangilah mak, kakak, adik perempuan, isteri, anak perempuan, nenek perempuan dan kawan perempuan kamu. Hargailah mereka, jangan lukakan hati mereka, dengar tu LELAKI? heeee.

Anda sedang membaca artikel Kejadian dan sifat wanita berbeza dari segi.. dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/08/kejadian-dan-sifat-wanita-berbeza-dari.html
Semoga artikel Kejadian dan sifat wanita berbeza dari segi.. ini dapat memberi manfaat untuk semua.

27 COMMENTS:

Freaky said...

sangat menarik. banyak lg tak tahu pasal ni

abghani said...

wanita penuh dengan kecantikan

sergeant keroro said...

ok, keroro take note. hehe :P

wa khairul onggon said...

Entry terbaek! :)

wahida said...

aku setuju...

perasaan wanita jauh lagi lemah berbanding lelaki...
sbb tu kuasa talak di tgn lelaki..kalau bagi kat pompuan, sure bape kali talak tu jatuh...

nauzubillah..

Umie Artoqiemie said...

o.. org laki dengar tok , syaza padah ngan takorg tok .

Yann Mazian said...

ehh. banyak halia? retinya mpuan lebih byk makan leak kah apa deng? sik paham. =.=

alif haris said...

heheh sy dengar kak :)

H.J said...

nak kawen dengan wanita la kalo macam tu

Abang Stalker said...

ye..sy lelaki fhm. :) sy sayang kaum hawa.

merahitujambu said...

apa motif doodle tu>>hehehe..suka x??heheh..

betul..perempuan tidak perlu segalanya..dia hanya mahu kasih sayang jee

My Name is Mar said...

Sanggup melakukan apa saja.
dah tahu dah.
Sebab tu perempuan mudah buat apa saja waktu bercinta..
huhuhu....

KimiCnoL said...

nice info..kene mengenali perempuan dulu baru boleh kahwen gine.. ;)hehe

.izzati liyana. said...

suka gila entry ni. complete enough to answer the men on their questions - why women like that?

bagus sangat untuk di share. hihi.

.izzati liyana. said...

suka gila entry ni. complete enough to answer the men on their questions - why women like that?

bagus sangat untuk di share. hihi.

AmirFX said...

Baik cikgu!

tia @ Ini Kisah Tia said...

yang last tu tersangat betul .. wanita ni takkan sedar pun yang perbuatan dia tu akhir nanti akan bawa padah . oleh itu , suami harus nasihati isteri supaya jangan berlebihan ..

CikMiMiey said...

sbg prmpuan ade jgak info yg sy x thu jdi thu nih .. thanx dear 4 sharing :)

iMBobo said...

benda baru ni hehe.. selama ni tak pernah tahu psal ni :)

[sutera kasih] said...

@tia @ Ini Kisah Tia:
suami lah pemimpin keluarga, suami lah yang harus membimbing isteri :)

[sutera kasih] said...

@.izzati liyana.:
yup..lelaki harus tau :)

wanita sifatnya misteri..lelaki kena pandai faham hehe

[sutera kasih] said...

@My Name is Mar:
dah tau camtu, lelaki jgnla suka ambik kesempatan atas kelemahan perempuan hoho

[sutera kasih] said...

@merahitujambu:
motif doodle itu, wakil seorang wanita hehehe

[sutera kasih] said...

@Yann Mazian:
perumpamaan yg sgt mendalam ya deng hoho

[sutera kasih] said...

@wahida:
betul tu kak..itu antara salah satu sebab talak bkn d tgn perempuan

[sutera kasih] said...

@KEPADA YG KOMEN:

thanks atas respon yg diberi..sayangilah kaum hawa :)

iPai said...

erm .. macam mana kalau dia memang garang .. heheh ..

dia siap kata kalau anak degil, nak marah kasi jgn buat salah .. hehe

READ ME, PLEASE?