KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Wednesday, August 24, 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka

Klik banner Aku anak Malaysia Merdeka

Assalamualaikum dan salam sejahtera my readers :)
Aku Anak Malaysia Merdeka. Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2011 merupakan sambutan yang ke-54 dan bertemakan "1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Kebiasaannya Hari Kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos, tapi pada tahun ini kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan serentak dengan Hari Malaysia. Awak tahu tak bila Hari Malaysia? Aku Anak Malaysia Merdeka semestinya tahu bila Hari Malaysia iaitu pada 16 September (sumber: MyNewsHub).

Aku Anak Malaysia Merdeka seharusnya tahu bagaimana rentetan sejarah kemerdekaan berlaku. Awak tahu tak bagaimana susah payahnya para pejuang dan tokoh kemerdekaan negara kita sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk menuntut kemerdekaan demi generasi akan datang iaitu kita semua. Awak pernah dengar istilah Malayan Union? Majlis Raja-Raja? Perjanjian Persekutuan? Aku anak Malaysia Merdeka telah belajar sejarah semenjak di bangku sekolah. Tidak pernah jemu membaca kronologi sejarah tanah airku. Awak pula bagaimana? Yeahhh, pasti ada yang bosan membaca buku teks Sejarah, betul tak?

Masih ingat lagi dengan perjuangan Dol Said, Antanom, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh, Rentap, Dato' Maharaja Lela? Kalau tak silap saya, saya mula mengenali mereka ketika belajar sejarah sekitar tingkatan dua. Seterusnya, Aku Anak Malaysia Merdeka terus belajar sejarah Malaysia bagaimana negara tercinta mencapai kemerdekaan. Awak masih ingat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Parti Komunis Malaya? Parti Perikatan? UMNO? MCA? Aku anak Malaysia Merdeka seharusnya tahu bagaimana rentetan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak membentuk negara Malaysia, bagaimana bermulanya pilihanraya memilih wakil rakyat, kabinet pertama terbentuk, dan cara penyelesaian isu pemberontakan komunis. Arghhh, fakta sungguh, bukan?

Aku Anak Malaysia Merdeka sentiasa ingat dengan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia. Awak masih ingat dengan barisan nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato' Onn Jaafar? Aku anak malaysia Merdeka sentiasa ingat barisan pemimpin negara yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia, yang berhempas pulas berkorban masa dan tenaga demi menjaga maruah dan hak setiap rakyat Malaysia. Tidak dilupakan juga Ketua Negara kita iaitu Yang di-Pertuan Agong :)

Aku anak Malaysia Merdeka nak kongsi Senarai Perdana Menteri negara Malaysia
  • Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970)
  • Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua (1970-1976)
  • Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga (1976-1981)
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat (1981-2005)
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima (2003-April 2009)
  • Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam (April 2009-Kini)

Tahukah anda? Malaysia telah mengalami 3 peringkat perjuangan dalam menuju mencapai kemerdekaan. Peringkat awal, perjuangan secara militan atau gerila. Kemudian, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan akhir sekali perjuangan melalui mata pena oleh golongan nasionalisma. Aku Anak Malaysia Merdeka yang semasa zaman kecilnya sangat tidak gemar subjek sejarah sebab terlalu banyak fakta untuk diingati, tapi sedikit demi sedikit bila mengetahui perkembangan jalan cerita sejarah negara, membuatkan diri ini berasa sangat bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Rupanya begitu banyak darah, nyawa, air mata, dan keringat telah ditumpahkan semata-mata untuk kemerdekaan iaitu demi masa depan kita. Awak pula?

Aku Anak Malaysia Merdeka mahu kamu semua sedar dari lamunan mimpi. Tak salahkan saya semangat patriotik sekali sekala dalam blog saya? hehe. Awak Anak Merdeka Malaysia tahu tak berapa buah negeri dalam Malaysia? Aku anak Malaysia Merdeka tahu semuanya ada 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Tahu tak apa nama rasmi bendera Malaysia? Aku anak Malaysia Merdeka nak bagitahu awak semua, pada 31 Ogos 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia. Tahu tak bunga kebangsaan Malaysia? Aku Anak Malaysia Merdeka mestilah tahu, sudah semestinya Bunga Raya. Aku anak Malaysia Merdeka sudah lama hafal lagu Negaraku dan Rukunegara. Awak pula?

Aku Anak Malaysia Merdeka, Kita semua Anak Malaysia Merdeka !! Bukan sekadar menyanyikan lagu Saya anak Malaysia di bibir, bukan saja menghafal fakta sejarah, bukan sahaja negara kita telah mencapai kemerdekaan, bebaskan minda kita dari dijajah benda asing. Apa erti 'kemerdekaan' pada pandangan awak?
Aku Anak Malaysia Merdeka. Anda pula bagaimana? (^__^)

Kalau awak tersangat malas nak membaca, awak tengoklah filem patriotik Hati Malaya 1957. Sebenarnya, saya telah ditag oleh Jejaka Macho untuk menyertai contest Aku Anak Malaysia Merdeka hehe. Dengan ini, saya nak tag member blog untuk bermain SEO dan sama-sama menyemarakkan hari Merdeka:
sumber info terbaik Aku Anak Malaysia Merdeka: Malaysia Merdeka

*KATA HATI: Contest ni memang terbaik, bukan saja dapat main SEO Aku Anak Malaysia Merdeka, tapi dapat mengingati semula rentetan sejarah kemerdekaan negara kita. Aku Anak Malaysia Merdeka! Aku Anak Malaysia Merdeka! Aku Anak Malaysia Merdeka!!! :)

Anda sedang membaca artikel Aku Anak Malaysia Merdeka dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
Semoga artikel Aku Anak Malaysia Merdeka ini dapat memberi manfaat untuk semua.

50 COMMENTS:

Freaky said...

wah orang ke 2 tag freaky untuk segmen yang sama.. memang freaky nak join.. tunggu masa dulu.. terima kasih tag... gud luck :)

Farihah Ahmad said...

nice one! heeee xjoin matlutfi punya projek? ramai blogger dah join kan. tapi matlutfi da suro stop sbb vid dah byk sgt mati dia nk edit sume heheh.


tapi yg ni punya contest pun terbaekk!

good luck :)

Bro ahmad said...

merdeka merdeka merdeka merdeka semangat ni..bro tambah keyword lagi..bro nak bagi cabaran boleh ngeh ngeh..minta tunjuk ajar pakar SEO wot wot..

iPai said...

pergh mantap gila .. adeh, segan plak dengan post yang saya buat ..

My Name is Mar said...

OTW buat! BTW, memang kena tag ke?

iMBobo said...

pergh mcm bukak buku sejarah pula hehe.. xpandai lah nak main seo ni.. tp bagus gak, tgh tade idea nk update blog :)

Myra Jay said...

Ye, betul tu Yann, blog ni bagus ni bagi mereka yang dah lupa sejarah, at least dapat ingat kembali perjuangan2 tokoh terdahulu..

abghani said...

aku anak jati malaysia..salam raya dan salam merdeka

syahirooAhmad said...

alaa. nape tak tag saya.. (tetibe je) hahah

Anum said...

saya anak malaysia

syahirooAhmad said...

yeah,, akhirnye saya usaha saya untuk di tag berjaya.. thanks !

merahitujambu said...

tahun ini kita menyambut hari raya dan hari merdeka kan dear...

Bui Junaidi said...

kmk pun anak Malaysia Merdeka..bangga jadi orang Malaysia koh..hehe

laki kmk madah cerita Hati Malaya ya best tp susah nk carik DVD nya..

Zura said...

waaaaaaah..semangat merdeka yann nie...

Santri T.P.I.N.I said...

salam kunjungan...ada tak tutorial nak pasang widget bendera bergerak2 mcm dlm blog ni? terima kasih

dhiera said...

wawah..
selamat bersegmen semua.
malaysia dihatiku~

Bro ahmad said...

dah join dah..bab keyword ni sengit banyak saingan hmm tuan tanah pun kalah cam mana? tak pe yang penting semangat hehh

AmirFX said...

16 September besday mak kmk...

aimie amalina said...

waaaaa
sgt bersemangat ini entri ha
heeee
ayuh kibarkan jalur gemilang!
weeeee

.izzati liyana. said...

err.. tengah bingung. pikir mcm mane lah nak join ni ha. saya setakat merepek sendiri reti lah. nak buat karangan mcm ni, alamak. nak guna word tu banyak-banyak pulak ye. adoi..akan difikir-fikirkan. saya tak sekreatif ini. huhu.

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahhh , ni macam bukak buku sejarah balik ni . heheee . AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA !!

Ezad Skytech said...

heee...on the way nak siap da ni entri..heee~

[sutera kasih] said...

@Ezad Skytech:
okey2 ezad..cayok2 hehe

[sutera kasih] said...

@tia @ Ini Kisah Tia:
hehe..lebih kurangla..juling gak td mata baca sejarah tu semula :P


AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA :)

[sutera kasih] said...

@.izzati liyana.:
hehe..xpa dear, kalo tak nk join, xpe..lgpun lama lg tutup contest ni..sy saja tag awk, sebab awak kan suka menulis ^_^

[sutera kasih] said...

@aimie amalina:
hehe harus bersemangat sekali sekala :P

[sutera kasih] said...

@AmirFX:
bena ka?yeahh untong mak ktk

[sutera kasih] said...

@Bro ahmad:
xpe bro ahmad, kita mencuba ^__^

[sutera kasih] said...

@dhiera:
thanks dear ^_^

[sutera kasih] said...

@Santri T.P.I.N.I:
dah buat kt atas tu heee

[sutera kasih] said...

@Zura:
harus ada semangat kak hehe

[sutera kasih] said...

@Bui Junaidi:
bangga jadi ANAK MALAYSIA MERDEKA!!hehe

best aiehh cita ya..aok nang susah nk dpt dvd nya ya..dijaga bena oleh sidak finas

[sutera kasih] said...

@merahitujambu:
Merdeka Raya !! hehe

[sutera kasih] said...

@syahirooAhmad:
mesti buat tau sy dh tag :P

[sutera kasih] said...

@Anum:
AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA hehe

[sutera kasih] said...

@abghani:
kita anak merdeka ^^

salam merdeka raya...

[sutera kasih] said...

@Myra Jay:
harap dpt membantu generasi akan dtg yg akan mencari berkaitan sejarah negara :)

[sutera kasih] said...

@iMBobo:
hehe..kita belajar sejarah arini yerrr

[sutera kasih] said...

@My Name is Mar:
yup..kena tag 5 orang

[sutera kasih] said...

@iPai:
elehh..ngade je ipai tu..pdhl post ipai up cket kt search engine bnding yg ni..

[sutera kasih] said...

@Farihah Ahmad:
thanks dear :0

tak reti buat vid kretip hehe

[sutera kasih] said...

@Freaky:
okey freaky, awk hebat lagi main SEO :)

iPai said...

huh ? up sikit ? kenapa tak pernah jumpa pon .. pelik dah ni ..

.izzati liyana. said...

hehe. thanks tag. nanti saya try buat okeh :)

sergeant keroro said...

mantap habis XD

ILA HonEyBuNNy said...

thanks syaza info neh...

ne semangat nak raya dan merdeka...hehe..

saya bangga jadi anak Malaysia..;-)

[sutera kasih] said...

@ILA HonEyBuNNy:
kita bangga jadi anak malaysia :)

salam merdeka raya ila hehe

[sutera kasih] said...

@sergeant keroro:
yeke kerooo?haha

thanks !!

[sutera kasih] said...

@.izzati liyana.:
hehe..sama2 zaty..cobalah :P

[sutera kasih] said...

@iPai:
cuba cek lagi, dh 1st page dh tu..bawah bro ahmad :)

READ ME, PLEASE?