KOREK RAHSIA

Loading...

FAVOURITE POST

Tuesday, May 31, 2011

Majlis perkahwinan yg masih mengikut adat sangat istimewa

Hari ahad baru-baru ni, saya dengan rajinnya ikut parents pergi majlis perkahwinan saudara sekampung. Kira-kira jam 11.30 pagi bertolak pergi ke Kota Belud iaitu rumah pengantin perempuan. Tak sangka pulak saya akan pergi ke kampung tu lagi, dah pernah pergi sebelum ni (hadir ke majlis kenduri arwah salah seorang my junior masa sekolah menengah). Kecilnya dunia ni kan. Betul-betul sebelah rumah arwah adik tu.

Saya nak kongsi tentang adat perkahwinan kaum Iranun. Memang sangat unik. Saya teruja tengok hehe. Memang sangat berbeza cara perkahwinan di bandar dan di kampung. Saya lebih prefer cara kampung, lebih mesra rakyat gitu hehe. Nanti kahwin, nak ikut adat Bajau lah hihi Okey, jom layan gambar dan keunikannya (^___^)
Sebaik saja pengantin lelaki sampai, pihak tuan rumah pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki dengan acara ni. Maaflah saya tak tau apa nama benda tu. Pengantin lelaki diusung di atas benda tu dan dibawa hingga ke depan rumah pengantin perempuan. Pihak keluarga lelaki jugak kena bawa buah tangan untuk keluarga pengantin perempuan, contohnya pengantin lelaki bawa hamper berupa makanan. Unik kan?

Pengantin lelaki tak boleh jejak kaki kat tanah tau, dah adat mereka. Pengantin lelaki disambut oleh wakil keluarga pengantin perempuan dan dipikul sampai masuk ke dalam rumah. Yang uniknya lagi, acara akad nikah diadakan sambil berdiri. Lepas tu duduk sekejap dengar khutbah nikah, then berdiri utk semula utk acara akad nikah. Kemudian, berbalas pantun dan minta kebenaran sebelum nak tengok pengantin perempuan. Ada tirai besar menutupi pelamin. (Saya ada rakam, tapi line teruklah tak dapat nak upload huhu)

Hahh, sampai sahaja pengantin lelaki ke dalam rumah, benda yang dalam gambar tu mesti langsung terus dibuka dan dikemaskan. Tak sempat saya nak naik kat atas tu hehe Apa boleh buat, sebab memang adat dah camtu.


Semasa acara akad nikah, pengantin lelaki duduk atas tikar ni. Cantikkan? :)

*KATA HATI: Uniknya Malaysia :)

Anda sedang membaca artikel Majlis perkahwinan yg masih mengikut adat sangat istimewa dan link url bagi artikel ini adalah http://www.suterakasihyann.com/2011/05/majlis-perkahwinan-yg-masih-mengikut.html
Semoga artikel Majlis perkahwinan yg masih mengikut adat sangat istimewa ini dapat memberi manfaat untuk semua.

36 COMMENTS:

Ardini Humaira said...

penu adat sitiadat. menarik sangat :)

Sunah Mohammad said...

wahhhhhhhhhhhhh~ memang unik adat perkahwinan yang ni...!

amranaiman said...

uniknya.. :D

Freaky said...

tak pernah tengok lagi upacara macam ni..

Mengenai Mata Wanita

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

beradat abes....

[sutera kasih] said...

@Ardini Humaira: yup..sy pun teruja tgk hehe

[sutera kasih] said...

@Sunah Mohammad: hehe yup..unik dan istimewa kan

[sutera kasih] said...

@amranaiman: unik kan?hehe nice!

[sutera kasih] said...

@Freaky: kahwin tradisional kt sini mcm2 adat..sgt unik :)

[sutera kasih] said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫: yup..unik kan ceroi..

Sang Penulis said...

Menarik, memang unik la adat mereka.. :)

[sutera kasih] said...

@Sang Penulis: yup..saya pun first time tengok..adat kaum bajau pun unik jgk kan..kena tggu saya kawen la haha

Hans said...

walaweh
naik tandu pastu orang angkat bawa gi rumah
bestnyaaaaaaaaaaaaa

HonEyBuNNy said...

lain dari yg lain la...

terpegun ila tengok....

d_LA said...

serius unik la..suke tol kalo dpt pegi majlis yg unik n tradisional camni..

L@dyKichiMachiko said...

woww..menariknyaa,dulu study di Sabah,takde kesempatan pun nak tgok benda2 camni..really nice!

Liza Razak said...

uniknyer..siyes tak penah tengok..sekarang pon sume org buat cara moden.susah tau nak tengok kawin ala tradisional ni

Q said...

ini baru betul raja sehari. huhu

[sutera kasih] said...

@Hans: kalau nak kena usung cmtu, carilah awkes org sabah hihi

[sutera kasih] said...

@HonEyBuNNy: unik kan..nnti lah sy upload video tu kt FB kalau line okey :)

[sutera kasih] said...

@d_LA: aahh..biasa sgt dh pegi kenduri kawen cara moden..cara kampung unik :)

[sutera kasih] said...

@L@dyKichiMachiko: awk penah study kt sabah ekk?study di mana?

masa study kan busy..xda ms nk jln2 sgtkan huhu

[sutera kasih] said...

@Liza Razak: yup betul tu..biasanya kenduri lawen yg still ikut cara adat ni biasa kt kampung2..tp even ikut adat cmtu, tp cara moden dorg boleh tahan gak..kalau kt sini kawen, msti tumbang seekor kerbau hehe

[sutera kasih] said...

@Q: betul2 raja sehari kan sbb diusung hehe

M Fizan said...

unik sgt2..malaysia berbilang bangsa mmg unik..hehe..thanks for the info..interesting tradition :)

[sutera kasih] said...

@M Fizan: yup..satu M'sia :) i will sharing everything unique from Sabah hehe

Noh Kodiang said...

noh ada kawan kat kota belud..nama dia Kamal Kelin. Skang blaja kat UPNM. Kawan masa skolah menengah tu..

Sesatkah Aku Di Bumi Allah Ini?

Perabot Rumah Berasaskan Anggota Badan Manusia

[sutera kasih] said...

@Noh Kodiang: owhh..tp sy tak kenal plak kwn noh tu..

Dr Love said...

Teruja bila mendengar masih ada yang bangga dan mahu mengekalkan adat warisan nenek moyang mereka. Tapi setahu saya, ada adat2 tertentu menyerupai sesuatu kaum dan epik2 yang bertentangan dengan ajaran agama kita..

# terima kasih sudi jengah blog saya.. entri-entri dalam ni mcm menarik.

HIDUP PENUH DENGAN KATA-KATA CINTA

Cik Aish said...

wah sungguh beradat!!!!

[sutera kasih] said...

@Dr Love: yup..itu tetap ada..bkn saja adat dlm majlis2, segala pantang larang jugak ada..terpulang dari kita untuk menyesuaikannya, yg bertentangan, tak perlu dibuat..semuanya bergantung dgn niat..

*thanks jgk sudi singgah Dr.Love ~

[sutera kasih] said...

@Cik Aish: yup..penuh dgn adat..

Myra Jay said...

Wow!! mmg meriah.. bestnyer, teringin gak nak naik benda tu..hehee

[sutera kasih] said...

@Myra Jay: meriah dgn org kampung..budak2..hehe kalau teringin, jom lah ke kota belud ngeee

mia.lia said...

cm bez je,. ttibe rasa nak kawen.. lalala~ :P

[sutera kasih] said...

@mia.lia: hehe jom kawen ramai2 :P

READ ME, PLEASE?